Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu.
Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk.
Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ads
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut.
Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Ads
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil.
Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot.
Ads
Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Boleh tak admin bagi penerangan perihal kedudukan joransama ada menegak, mendatar atau sedikit mendongak selepas melontar umpan. Ada sesetengah pancing hujung pancing masuk sikit dalam air. Ada tanya juga pada pemancing tujuannya tetapi mereka pun sekadar ikutan sahaja.
JAWAPAN:
Berdasarkan penerangan saudara ini, saya mengandaikan ia adalah berkaitan pancingan kolam air tawar.
Apabila kita berkunjung atau memancing di kolam air tawar, kita akan dapat melihat pemancing meletakkan joran pada pancang dengan pelbagai kaedah. Ada yang meletakkan joran secara menegak, mendatar, mendongak dan juga menunduk hampir mencecah air kolam.
Pada pendapat saya tiada yang salah atau betul dalam perkara ini. Jika ada penerangan di sebaliknya mungkin berkaitan dengan teknik pancingan yang diamalkan atau bagi menyesuaikan keadaan dengan geografi kolam.
Sebagai contoh, jika kolam tersebut bertebing tinggi maka teknik menundukkan joran hingga mencecah lebih sesuai. Malah, dengan meletakkan joran menunduk ke air juga adalah lebih selamat dari terbang ke dalam kolam sekiranya pancing direntap kasar oleh ikan.
Ini kerana tarikan mengejut dari ikan boleh menyebabkan joran terlepas dari pancang jika diletakkan dalam keadaan mendatar atau mendongak.
Jika mempraktikkan teknik pancingan apung maka meletakkan joran dalam keadaan menegak adalah lebih praktikal. Dengan cara itu lebih mudah untuk melihat atau mengesan sebarang pergerakan tali pancing di permukaan air.
Salam min… saya ada persoalan sikit. Kenapa ikan talang diketegorikan ikan second class? Saya perhatikan ramai pemancing memandang rendah pada spesies ini.
Jawapan:
Ikan talang atau queenfish (Scomberoides commersonianus) adalah ikan pemangsa yang sering dijadikan buruan pemancing di serata perairan Malaysia.
Second class?? ia tidak langsung diketegorikan sebagai ikan second class kerana rata-rata pemancing amat menggemari berentap dengan spesies ini kerana aksi akrobatik dan kekuatannya.
Walau pun isinya sahaja yang kurang enak untuk di buat santapan. Nelayan atau pemancing yang memperoleh ikan ini akan menjadikan ia ikan masin. Tetapi jika kena dengan menu dan hasil masakkan yang baik, ikan ini juga boleh setanding dengan ikan yang lain.
Pada pemancing, ia adalah lebih baik dilepaskan semula sekiranya anda tidak bertujuan menjadikan ia sebagai makanan kerana dengan cara ini anda dapat mengekalkan populasi ikan talang di tempat tersebut supaya ia tidak berkurang dan boleh dijadikan tempat terbaik untuk berkunjung semula.
Ikan talang banyak bermain di kawasan batu di sekeliling pulau berbatu dan kawasan yang berstruktur seperti rumah api ataupun unjam. Oleh kerana ikan ini adalah ketegori ikan pemangsa yang merayau-rayau mencari makanan, anda boleh memancing dengan kaedah bottom, casting, menunda, apung, jigging, popping atau layang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...