Korang Tanya Umpan Jawab -(S7S4)- Bahaya memancing ketika cuaca buruk??

Share

 

SOALAN:

Betul ke ia merupakan sesuatu yang merbahaya jika memancing sewaktu cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut petir.

Dan adakah benar ikan kurang aktif memakan umpan sewaktu hujan lebat dan cuaca buruk ini?

 

JAWAPAN:

Memancing ketika hujan lebat dan cuaca buruk sememangnya mengundang risiko. Risikonya terdiri daripada beberapa aspek, antaranya:

 

Pertama; Kebanyakan joran yang digunakan hari ini diperbuat dari bahan graphite yang mampu menarik sambaran kilat.

Oleh yang demikian, kita perlulah turunkan joran dan simpan di bawah (baringkan di lantai bot atau daratan) sekiranya terdapat petir.

Jika tiada petir sekali pun sebaiknya lakukan langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menjangka kejadian ribut petir.

 

Kedua; apabila kita berada di tengah laut, tasik atau di tebing sungai di mana tiada terdapat pokok atau objek yang lebih tinggi daripada kita maka kemungkinan disambar petir adalah amat tinggi.

 

Ketiga, bahaya dari kepala air, terutamanya apabila kita memancing di muara sungai dan sungai-sungai di pergunungan atau hutan serta peningkatan air secara mendadak di

sebabkan pengaliran air yang banyak dari hulu. Jadi segera keluar atau naik ke lokasi yang lebih tinggi kerana kepala air akan meranapkan apa sahaja di hadapannya.

 

Keempat, bahaya perubahan suhu. Ia boleh menyebabkan suhu badan kita turun dengan mendadak yang mendorong berlakunya demam. Lebih-lebih lagi kejadian hujan panas.

 

Sebenarnya, Ikan amat aktif makan selepas hujan lebat terutama sekali di kawasan muara sungai sebab terdapat banyak serangga dan makanan yang di hanyutkan air semasa hujan lebat.

Bagi kawasan laut pula ikan amat aktif sebelum hujan. Sebabnya saya masih mengkaji tetapi pengalaman menunjukkan ini selalu berlaku semasa saya memancing.

 

Published by
Amang