SOALAN:

Saya baru nak belajar casting. Boleh tak admin beritahu saya joran mana yang lebih sesuai untuk casting, joran pendek atau joran panjang?

 

JAWAPAN:

Setahu admin, sehingga kini belum ada satu standard bagi menetapkan saiz bagi mengkelasififikan sesuatu joran itu layak dipanggil joran pendek atau panjang.

Namun untuk keselesaan memancing dan casting, secara umumnya joran yang lebih panjang dari ukuran ketinggian badan memancing dianggap lebih sesuai untuk digunakan.

Ads

Sebagai contoh, jika kita memiliki ketinggian 5 kaki maka joran yang ideal ialah 5 kaki 6 inci.

 

Sebenarnya dalam teknik casting ini kedua-dua joran pendek dan panjang boleh digunakan.

Apa yang membezakan dalam pemilihan joran pendek atau panjang tertaktuk kepada situasi dan lokasi.

Ads

 

Sebagai contoh, sekiranya anda casting secara menebing atau landbase casting maka joran yang ideal ialah joran yang lebih panjang dari ketinggian anda.

Joran sepanjang 6 hingga 7 kaki lebih pratikal untuk capaian lontaran gewang yang lebih jauh.

 

Ads

Sekiranya anda casting di atas sampan atau bot pula tidak perlulah menggunakan joran melebihi 6 kaki panjang. Terutamanya jika terpaksa casting sambil duduk.

Joran yang panjang akan menyulitkan keadaan untuk menggayakan gewang khususnya gewang permukaan.

Begitu juga casting di kawasan lubuk yang sempit di mana tidak perlu melontar gewang dalam jarak jauh.

 

Jika ingin dibuat rumusan, secara peribadi saya mengesyorkan anda memilih joran 6 kaki hingga 6 kaki 6 inci.

Ia tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek serta boleh digunakan di pelbagai lokasi dan situasi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI