Saya pernah melihat ada melihat pemancing kolam meletakkan gabus atau polisterin kecil bulat macam manik pada mata kail.
Boleh tak admin beritahu untuk apa tujuan dan untuk memancing ikan apa?
JAWAPAN:
Saya harap gambarajah yang disertakan ini menepati deskripsi anda tentang mata kail bergabus itu. Berdasarkan sedikit ilmu pancing kolam air tawar yang admin tahu, jika mata
kail bergabus ini digunakan, ia adalah bertujuan untuk memancing ikan kap terutamanya ikan kap kepala besar atau tongsan sisik.
Ads
Di sinilah letaknya daya kreatif dan kelicikan pemancing di negara kolam. Untuk pengetahuan anda, ikan tongsan sisik halus ini ikan pendatang dan bukannya ikan asal kita.
Ads
Walau bagaimana pun pemancing kita tahu bagaimana tabiat makan ikan ini dan cara untuk memancingnya.
Tabiat cara makan ikan tongsan sisik halus ialah menapis makanan dengan menghisap atau menyedutnya.
Oleh yang demikian sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mata kail turut disedut masuk ke mulut ikan apabila ia menyedut umpan berupa dedak serbuk.
Ads
Untuk itu mata kail perlulah diringankan sehingga berkeadaan terapung. Apabila ia berada ditahap ringan hingga mampu terapung di dalam air mudahlah ia melayang bersama debu-
debu dedak apabila disedut oleh ikan bermulut besar dengan kuasa hisapan umpama vakum ini.
Dalam pada masa, mata kail yang bersifat ringan tetapi keras dan tajam turut membantu bagi proses melayang masuk dan tercangkuk dengan baik pada mulut ikan.
Sementara gabus atau polisterin yang bersifat lembut turut tidak menjadi penghalang bagi proses cangkukkan mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak tuan kupas isu reel? Terutamanya spinning. Kebanyakan pemancing akan sebut reel lama lebih bagus dari reel baru. Adakah benar perkara ni atau sekadar mitos?
Adakah pembuat reel seperti Shimano dan lain semakin downgrade produk-produk baru? Pendapat peribadi saya sendiri, sudah mesti produk baru lebih advance dari segi teknologi dan materialnya. Pendapat admin pula bagaimana?
JAWAPAN:
Pendapat admin sama seperti anda! Admin sangat setuju bahawa produk baru lebih advance dari segi teknologi dan materialnya.
Tentu saja nama-nama besar pengeluar kekili tidak akan downgrade produk keluaran mereka sebaliknya sentiasa upgrade dari tahun ke tahun.
Ambil contoh dari aspek jumlah ball bearing dan gear ratio sudah cukup membuktikan produk terkini jauh lebih advance berbanding produk terdahulu.
Namun dari satu aspek admin bersetuju dengan pengguna reel lama iaitu dari aspek ketahanan. Kebanyakan reel lama diperbuat daripada material asas yang terbukti ketahanannya.
Kebanyakannya terbuat daripada logam solid. Atas sebab itulah reel lama kebanyakan agak berat dan mampu bertahan untuk tempoh yang panjang.
Mungkin atas faktor inilah pengguna kekili lama boleh mendakwa reel lama lebih bagus daripada reel baru. Tambah pula dengan penggunaan plastik dan komposit menjadikan reel terkini semakin ringan.
Mungkin juga atas faktor lebih ringan ini mereka merasakan reel lama yang lebih berat itu lebih bagus.
Secara peribadi, admin beranggapan pendapat bahawa reel lama lebih bagus berbanding baru hanyalah berlandaskan faktor sentimental semata-mata.
Saya sangat jarang atau boleh dikatakan belum pernah memancing dengan menggunakan teknik trolling. Boleh tak admin terangkan serba sedikit berkaitan teknik trolling?
JAWAPAN:
Trolling atau dalam bahasa Melayu, menunda ialah satu teknik memancing secara tundaan menggunakan gewang selaman pada ketika bot bergerak.
Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular diapliksan di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran.
Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Saya tertarik dengan gaya pancingan tenggiri di tuas yang menggunakan umpan ikan pelaling dengan teknik casting. Jadi saya mohon tunjuk ajar dari admin bagaimana hendak membuat umpan casting tersebut.
JAWAPAN:
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan. Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan. Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail. Apa yang penting ialah pastikan jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan. Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...