Admin, boleh share costing mancing di Banglang Dam nih? Lepas tu macam mana nak buat trip ke sana?
JAWAPAN:
Untuk pengetahuan anda, trip casting ke Banglang Dam yang admin hadiri bersama 13 rakan lain merupakan trip sulong kebanyakan dari kami. Hanya beberapa orang saja yang pernah pergi dari sekali.
Ads
Setakat ini belum ada lagi orang perseorangan atau agensi khas yang menyediakan pakej standard memancing di Banglang Dam. Oleh yang demikian agak sukar untuk kami
nyatakan berapakah kos standard apatah lagi ia melibatkan beberapa pengusaha rumah bot dan bot pancung di negara jiran yang juga tiada kos tetap.
Ads
Yang telah ditetapkan hanya caj sewaan bot pancung sehari untuk 2 orang pemancing ialah TB1,500.00.
Namun, berpandukan trip kami tempoh hari (2 hari 1 malam, 14 orang pemancing, 7 buah bot pancung dan sebuah boathouse sebagai tempat kediaman), yang diuruskan oleh Neo Narul Ezam Omar, setiap orang perlu membayar RM300 sahaja.
Ads
Namun pakej ini tidaklah termasuk kos pengangkutan dan makan minum dalam perjalanan.
Untuk mengadakan trip memancing ke Banglang Dam ini kami tidak pasti berapa jumlah minima dan maksima peserta.
Yang pastinya, anda perlu memandu atau berkongsi kenderaan sehingga ke pangkalan rumah bot di tasik ini. Oleh yang demikian beberapa urusan dokumentasi perlu dilakukan
bagi membolehkan kenderaan anda memasuki pintu sempadan di Pengkalan Hulu – Betong ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya sudah terbiasa mancing guna tali benang. Memang takde masalah pun sehinggalah bila saya memancing di kolam air tawar. Tak semena-mena saya kena sound oleh seorang pemancing hanya sebab guna tali benang. Ia membuatkan saya jadi terpinga-pinga… salah ke guna tali benang kat kolam admin?
JAWAPAN:
Secara jujur admin akui pernah berhadapan dengan perkara yang sama. Bezanya, saya hanya ditanya kenapa pakai tali braided, bukannya ditegur apatah lagi dimarahi. Lainlah kalau penggunaan tali braided menyalahi peraturan kolam. Sebenarnya, penggunaan tali tangsi ada kelebihan tersendiri berbanding penggunaan tali braided atau benang.
Tidak dinafikan masih ada sesetengah pemancing berstatus otai masih beranggapan tali braided akan menghasilkan dengungan di dalam dan dapat dilihat dengan jelas oleh ikan di dalam air. Atas faktor-faktor itu ikan tidak mendekati umpan.
Jika benar anggapan begitu maka tiadalah pukat atau jaring dihasilkan oleh material selain tangsi sahaja. Sekaligus tidak akan memakan umpannya jika anda memancing berdekatan dengannya.
Hakikat sebenarnya tali sulam dicipta dengan teknologi terkini untuk membelah air sekaligus tidak menghasilkan dengungan atau buih berbanding tali tangsi. Malah soal ini langsung tidak timbul jika memancing di kolam yang hampir tiada arus.
Walaubagaimana pun penggunaan tali tangsi terbukti lebih berkesan berbanding tali braided. Penggunaan tali tangsi membolehkan mata kail tertancap kemas pada mulut ikan. Begitu juga dengan peratusan strike. Sifat tali braided yang tiada memori menyebabkan mata kail mudah terlucut.
Dan yang paling utama apabila bersilang tali dengan pemancing lain, tali tangsi lebih mudah dileraikan berbanding tali braided.
Boleh tak admin cadangkan ikatan mata kail yang sesuai untuk pancingan ikan pelagik bersaiz besar dan menggunakan umpan hidup seperti memancing ikan dorado, layaran atau marlin. Terutamanya pancingan di perairan Kuala Rompin.
JAWAPAN:
Bagi pancingan ikan pelagik berstatus game fish seperti dorado, layaran atau marlin, anda boleh menggunakan ikatan mata kail seperti trilene knot, Rapala knot atau snell knot. Ikatan yang berbeza juga digunakan mengikut keadaan pancingan.
Semua ikatan ini membolehkan umpan ikan hidup bergerak atau berenang lebih bebas seperti tiada bebanan sekaligus mampu memanjangkan hayatnya sehingga disambar oleh ikan pemangsa. Ikatan jenis ini boleh digunakan di mana-mana perairan sekalipun.
Namun jika di Kuala Rompin, saya lebih gemar menggunakan ikatan Rapala knot pada mata kail ketika menggunakan teknik drifting belon. Seperti kita sedia maklum, ikan layaran di perairan ini adalah ikon kita dan wajib melepaskannya semula. Justeru penggunaan mata kail circle hook (mata lingkar) adalah diwajibkan, kerana ia mengurangkan kecederaan pada mulut ikan.
Namun peratusan strike menggunakan mata lingkar nyata lebih rendah berbanding penggunaan mata kail J (J hook). Oleh yang demikian sekiranya anda ingin menjerat ikan tenggiri maka adalah disarankan menggunakan J hook yang dilengkapi dengan perambut kabel.
Saya masih baru terjebak dengan dunia casting. Saya dah pun beli 1 set casting (set baitcaster jenis low profile). Masalahnya… saya asyik jadi bihun je! Tali saya sentiasa jadi kusut sama ada guna tali benang dan tali tangsi. Lagi satu kalau gewang terlampau ringan pun boleh menyebabkan ia lagi bihun padu.
JAWAPAN:
Sebenarnya, boleh dikatakan semua pemancing baru yang menggunakan baitcaster akan mengalami perkara yang sama. Terdapat dua perkara yang menyebabkan kita berhadapan dengan situasi bihun atau ‘birdnest’.
Sebab pertama, mungkin kita memasuki terlampau banyak tali ke dalam gelendong atau semasa kita memasukan tali ke gelendong kita tidak mengarau dengan baik dan kejap di mana terdapat ‘gap’ pada simpanan tali. Apabila kita ‘cast’ maka ada kemungkinan tali yang longgar itu dan menjerat tali lain.
Sebab kedua adalah penyelarasan pada ‘brake’ pada baitcaster yang digunakan, terdapat dua jenis brake iaitu: Centrifugal brake atau Magnetic brake. Brek bertindak untuk melambatkan gelendong semasa tali keluar darinya supaya anda dapat mengawal cast anda.
Penyelarasan ‘brake’ Bagi sistem brek untuk jenis centrifugal ia mempunyai antara 2 ke 6 pin plastic brake blocks yang bergerak keluar dari tengah yang terdapat pada tepi baitcaster tersebut. Jika anda menekan plastic brake blocks pin ke arah pusat (center) anda akan mendengar bunyi klick dan ini menandakan pin telah di kunci dan brake telah di setkan.
Disyorkan untuk ‘beginners’ cuba setkan ke tahap 5 brek. Selepas sudah biasa dengan baitcaster tersebut maka naikkan kepada satu lagi pin sehingga tiada brake atau 1 brake.
Bagi sistem brake untuk jenis Magnetic brake, ia lebih senang lagi untuk selaras kerana brek dapat diselaraskan oleh dail yang terdapat pada luaran kekili. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan mengetatkan dail untuk setkan brake. Sekiranya anda pertama kali mencuba, saya cadangkan anda bermula dengan semua brake terlibat dalam kedudukan ‘maksimum’ dan selepas menjadi mahir mengurangkan brake tersebut.
Bagi menggunakan tali daripada jenis tali sulam atau tali tangsi ini tidak menjadi masalah sekiranya saudara dapat mengendalikan baitcaster dengan betul.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...