Secara ringkas, ikan sesirat atau nama umumnya longfin snake-eel merupakan spesies ikan dari keluarga belut yang boleh ditemui di perairan ekstuari.

 

Dalam dunia memancing, sesirat merupakan antara tangkapan yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun.

Ia dianggap sebagai ikan pengacau umpan sebagaimana ikan buntal, mengkerong dan sebagainya lagi.

 

Malah, jika dibandingkan dengan buntal, ramai yang memilih biarlah buntal yang tersangkut pada mata kail dan bukannya sesirat.

Walaupun buntal mampu memutuskan perambut atau tali utama, perasaan benci terhadap sesirat jauh mengatasi segalanya.

Ads

 

Kebencian ini berpunca daripada sifat sesirat yang mempunyai sejenis lendir berbau serta toksik yang menjadi alat pertahanan diri untuk ikan tersebut.

Apabila ia tersangkut pada mata kail ia akan bertindak bagi melepaskan diri dengan cara membelit dan bergumpal pada dan lendir akan dikeluarkan membuat perambut berbelit serta hanyir.

 

Walau pun tiada bukti saintifik menyatakan perambut dan mata kail yang terkena lendir sesirat akan menyebabkan ikan akan datang dekat kepada perambut tersebut, adalah

Ads

disarankan ganti sahaja perambut dan mata kail yang baru. Ia ibarat petua memancing yang diperturunkan oleh pemancing-pemancing terdahulu.

 

Jika difikir secara logiknya pula, ada sumber mengatakan lazimnya lubuk yang dihuni oleh sesirat ini tidak akan dihuni oleh ikan-ikan bergred tinggi.

Kalau ada pun cuma belukang atau duri. Dikatakan juga kehadiran sesirat itu boleh menyebabkan ikan-ikan lain lari sesuatu lubuk, begitulah jugalah dengan kesan lendirnya

Ads

pada perambut yang berkemungkinan besar akan menyebabkan ikan-ikan lain tidak akan mendekatinya.

 

Dari sudut lain yang ramai tidak tahu, sesirat ini juga merupakan salah satu umpan mujarab untuk memancing ikan pari.

Lazimnya, ikan pari yang didaratkan menggunakan umpan sesirat, semuanya bersaiz besar.

Untuk menggunakan sesirat sebagai umpan, ia perlulah dibiarkan kering seketika bagi menghilangkan lendirnya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI