SOALAN:

Mengapakah ikan kanai (tembaring) kurang membiak di kawasan sungai paya bakau semenanjung Malaysia sedangkan ia berada dalam kawasan suhu khatulistiwa?

 

JAWAPAN:

Di Malaysia, ikan kanai atau Papuan black snapper (dipanggil tembaring, kanai di Sabah) memang terkenal di Sabah.

Ads

Status spesies Lutjanus goldiei ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan ikan snapper dan merupakan spesies endemik di Papua New Guinea serta spesies natif di Pulau Ryukyu, Jepun.

 

Spesies endemik (endemic) agak unik kerana hanya boleh ditemui di lokasi tertentu sahaja walaupun dalam perairan yang sama manakala spesies natif (native) bermaksud spesies asal sesebuah negara atau tempat tetapi masih boleh ditemui dalam banyak perairan.

 

Ads

Selain Papua New Guinea dan Jepun, hanya terdapat dua lagi negara yang direkodkan kehadiran spesies ini iaitu Indonesia dan Malaysia.

Status kehadiran L. goldiei ini di Indonesia masih lagi status persoalan (questionable) manakala di Malaysia pula dengan status berkeliaran (stray).

 

Ads

Pengkaji cenderung mengatakan kanai di Indonesia kemungkinan merupakan spesies yang dibawa masuk (introduced) dan kehadiran spesies ini di Sabah kerana berkongsi jajaran perairan yang sama.

 

Jadi persoalan status pembiakan spesies kanai di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memang tiada kehadiran kecuali jika spesies ini dibawa masuk dan dilepaskan di perairan Semenanjung sebagai ‘introduced species’.

 

Mungkin juga, ribuan atau ratusan tahun dahulu, ikan ini berada di perairan Semenanjung, namun akhirnya tidak lagi ditemui, tanpa sebarang bukti atau kajian spesifik dapat dilakukan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI