SOALAN:

 

Admin, saya ada satu masalah. Kat kawasan benteng pemecah ombak di tempat saya memang seronok memancing, masalahnya batu ladung selalu sangkut.

Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?

 

JAWAPAN:

 

Ads

Boleh dikatakan, di mana saja benteng pemecah ombak merupakan satu lokasi yang menyeronokan untuk memancing.

Ia berikutan batu-batu yang ditambak itu menjadi rumah dan tempat ikan bermain.

Dengan adanya sumber makanan dan tempat berkumpul ikan-ikan kecil maka ia turut mengundang ikan-ikan pemangsa.

 

Dan selayaknya kawasan berbatu ditambak sehingga ke tengah laut pada dasarnya itu, pastinya ia menimbulkan kesulitan kepada pemancing yang mengamalkan teknik pancingan dasar.

Ads

Selain batu ladung, kadangkala mata kail atau larian ikan turut menyebabkan kejadian sangkut.

 

Terdapat beberapa perkara bagi mengatasi kejadian ini. Pertama, anda perlu tukar teknik pancingan dasar kepada teknik lain seperti apung berhanyut menggunakan pelampung.

Atau boleh juga mengamalkan teknik mengilat atau casting. Tidak kiralah sama ada menggunakan gewang ataupun umpan seperti udang hidup.

Ads

 

Jika ingin juga memancing dengan teknik dasar, sebaiknya pantau dahulu sejauh mana berbatu ketika air surut.

Maka pastikan anda mampu melontar umpan melepasi kawasan tersebut kawasan tersebut.

 

Seperkara lagi, elakkan daripada melakukan kayuhan perlahan ketika mengarau. Kayuhan yang perlahan akan menyebabkan batu ladung terseret pada dasar dan sekaligus mengakibatkan sangkut.

Kayuhlah kekili dengan kelajuan tinggi seraya menegakkan joran ke atas. Ia mampu mengatasi masalah ini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI