Korang Tanya Umpan Jawab -(S6S12)- Pertikai tangkapan orang??

Share

 

SOALAN:

Salam admin… admin boleh bincang tak perihal perangai para pemancing yang gemar pertikaikan apa saja tangkapan pemancing lain.

Sebagai contoh, kalau kita kata ikan yang kita landed tu 20 kg, diorang cakap tak sampai 20 kg.

Kalau kita kata fight ikan tu dua jam, diorang kata pulak takkanlah sampai dua jam… kalau diorang, 5-10 minit dah naik.

 

JAWAPAN:

Wasalam… pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing.

Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.

Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah.

Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.

 

Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat.

Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.

 

Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat.

Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan.

Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.

 

Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.

Published by
Amang