Korang Tanya Umpan Jawab – (S5S8) – Kelebihan gewang rattling?

Share

 

SOALAN:

Boleh tak admin ceritakan sikit apa kelebihan gewang rattling berbanding gewang yang lain?

 

JAWAPAN:

 

Gewang rattling atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir (lipless rattlebaits). Gewang jenis ini tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kepada sistem getaran.

Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattling.

 

Kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan.

Malah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi mampu menarik perhatian ikan berbanding gewang renangan biasa.

 

Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil kerana selain faktor goyangan, getaran dan bunyi gemerincing, ia turut hadir  dengan pilihan warna yang bukan saja menarik perhatian ikan malah mata pengilat untuk memilikinya.

 

Saya sendiri meminati gewang rattling ini kerana ia boleh menghasilkan balingan yang.

Apabila ingin mencari pemangsa yang bersembunyi jauh ke dalam lubuk, gewang rattling dari jenis tenggelam ini akan mudah disuakan di depan pemangsa.

Lantaran ia mampu beraksi dengan baik baik dalam variasi kelajuan maka peluang untuk merasai strike itu lebih cerah.

Published by
Amang