Korang Tanya Umpan Jawab (S5S7) – Cara Pancing Ikan Kurau?

Share

 

Soalan:

Saya ingin memancing ikan kurau. Jadi, boleh tak admin berikan tip jenis perambut, tali, masa serta umpan yang sesuai untuk memancing ikan kurau?

Jawapan:

Salah keistimewaan pancingan muara adalah kewujudan spesies-spesies bernilai tinggi seperti senangin dan kurau.

Sebagaimana kebanyakan pemancing sedia maklum, ikan kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan.

Justeru itu ia memerlukan tali utama (tali tangsi) kekuatan minimum 20 paun.

Ikan kurau boleh dipancing dengan menggunakan teknik ladung yang kecil sahaja. Ia sekadar bagi memastikan umpan berada pada kedudukan dasar.

Gunakan perambut monofilament atau sebaiknya fluorocarbon minimum 50 paun diikat dengan mata kail 3/0.

Tidak perlu perambut dawai kerana ia ikan kurau bukanlah ikan bergigi tajam dan penggunaan perambut dawai boleh menjejaskan prestasi persembahan umpan.

Kurau adalah ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya.

Sementara umpan pilihan pula seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung.

Manakala waktu kemuncak untuk memancing kurau ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.

 

Seperkara lain yang anda perlu tahu tentang ikan kurau ialah, lazimnya orang memanggil ikan kurau ialah spesimen yang berskala 5 kilogram ke bawah manakala senohong melebihi 5 kg.

 

Senohong
Published by
Amang