Korang Tanya Umpan Jawab – (S5S5) – Apa itu Cymothoa exigua?

Share

 

SOALAN:

Boleh tak admin cerita sedikit pasal Cymothoa exigua?

 

JAWAPAN:

 

Terima kasih kerana mengemukakan soalan yang pendek tapi padu. Suatu ketika dahulu, admin menyangka Cymothoa exigua ini adalah sejenis udang laut yang menjadi makanan ikan.

Ini kerana spesies ini sering ditemui dalam mulut ikan terutamanya ikan kerisi. Malah pernah juga admin menggunakan spesies yang ditemui dalam mulut ikan ini sebagai umpan. Dan hasilnya terbukti berkesan!

 

Cymothoa exigua adalah krustasea parasit yang termasuk dalam keluarga Cymothoidae. Parasit ini memasuki ikan melalui insang, dan kemudian menempel di lidah ikan.

Parasit betina menempel di lidah, sementara parasit jantan menempel di lingkungan insang di bawah dan di belakang parasit betina.

 

Cymothoa exigua betina memiliki panjang sekitar 8–29 mm dan lebar sekitar 4–14 mm. Sementara yang jantan memiliki panjang sekitar 7–15 mm dan lebar sekitar 3–7 mm.

Parasit ini menghisap darah melalui kaki cakar hadapannya sehingga lidah ikan mengalami simpton atrophy akibat kekurangan darah.

 

Cymothoa exigua kemudian menggantikan lidah ikan dengan menempelkan tubuhnya sendiri ke otot potongan lidah. Ikan tersebut mampu menggunakan parasit tersebut seperti lidah biasa.

Dalam erti kata lain parasit ini tidak mengakibatkan kerusakan besar bagi ikan yang menjadi rumahnya.

C. exigua dianggap tidak berbahaya bagi manusia kecuali jika disentuh kerana akan terkesan dengan gigitannya.

 

Di Puerto Rico, C. exigua pernah menjadi subjek dalam tuntutan mahkamah terhadap penguasaha pasar spesies ini ditemui di ikan snapperyang berasal dari Pasifik Timur, kerana menyangka ia haiwan beracun.

Published by
Amang