Soalan:

Saya baru mula berjinak-jinak dengan memancing dan sering memancing gelama di sekitar tempat tinggal saya. Soalan saya, apakah umpan yang terbaik untuk memancing ikan gelama?

 

Jawapan:

 

Ads

Ikan gelama merupakan antara spesies ikan yang seronok dipancing dan memiliki peminatnya tersendiri.

Antara sebabnya adalah kerana ia mudah ditemui. Malahan taburannya memang banyak di pesisir pantai di Malaysia.

Ia juga bukanlah spesies yang sulit untuk dipancing.

Ads

 

Bagi spesies gelama, tidak sukar untuk memilih umpan yang tepat. Perumpun dan udang kopek antara umpan terbaik bagi memancing gelama.

Begitu juga dengan isi ikan atau sotong. Malah saya sendiri cukup suka menggunakan isi ikan belanak yang dihiris, untuk memancing gelama.

Ads

Ini kerana ia liat dan tidak mudah habis dikutil oleh ikan kecil.

 

Sementara teknik pancingan gelama juga tidaklah terlalu rumit. Boleh dikatakan apa saja teknik perambut boleh digunakan asalkan dipancing dengan konsep pancingan dasar.

Terpulanglah sama ada ingin menggunakan perambut dua atau satu mata untuk memancing spesies ini. Malah untuk menggunakan apollo berumpan pun boleh.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI