Saya ada terbaca di Facebook seorang pemancing yang mengatakan ikan sebarau dan badong adalah ikan yang berbeza.
Sedangkan setahu saya sebarau dan badong adalah ikan yang sama cuma saiz yang berbeza. Boleh tak admin jelaskan perbezaan antara sebarau dan badong?
JAWAPAN:
Ads
Pada tahun 1823, saintis Kuhl dan Van Haselt telah merekodkan bahawa 6 spesies ikan di dalam genus Hampala, di dalam keluarga besar ikan kap (Cyprinadae).
Dari 6 spesies ikan itu, 3 daripadanya hanya ditemui di Asia Tenggara. Ketiga-tiga spesies ini ialah Hampala macrolepidota, Hampala bimaculata dan Hampala ampalong.
H. macrolepidota atau biasa disebut sebagai jungle barb atau sebarau boleh ditemui di perairan Thailand, Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo. Namun bagi spesies H. bimaculata dan H. ampalong hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo sahaja.
Ads
H. bimaculata merupakan spesies sebarau dua belang manakala H. ampalong adalah sebarau kecil yang mampu membesar panjang sehingga 155 ml sahaja spesies ini dikatakan hampir pupus.
Atau dalam erti kata lain hanya satu spesies sebarau (belang tunggal) sahaja yang boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Ads
Dalam pengelasan saintifik ini hanya ikan sebarau yang disebut dan nama badong langsung tidak hadir.
Ini jelas menunjukkan badong hanyalah nama lain atau gelaran yang diberikan kepada sebarau atas sebab-sebab tertentu.
Jika ada pemancing yang berkata ikan sebarau dan badong adalah spesies yang berbeza maka bolehlah anda meminta beliau buat pengelasan saintifik bagi kedua-dua spesies ikan tersebut.
Salam otai semua… saya nak tanya, kalau pakai baitcaster reel (BC), tali jenis apa yang paling sesuai… sama ada tali braided atau mono? Dan satu lagi anggaran saiz berapa pound yang sesuai?
JAWAPAN:
Saya tak boleh nak beri jawapan yang tepat sebab baitcasting reel atau BC ini macam spinning reel jugak. Apa saja jenis tali dan saiz boleh dimasukkan. Ia lebih tertumpu pada spesies ikan sasaran, faktor padang pancing, saiz rod dan reel itu sendiri. Senang cakap ia bergantung pada setting apa yang kita nak main.
Sebagai contoh jika korang nak layan ultralight, tentulah perlu setup dengan rod yang sepadan dan saiz tali kurang dari 6lb. Dua-dua jenis tali (benang & tangsi boleh digunakan). Cuma kalau korang tak biasa guna tangsi, lebih baik guna braided saja.
Sekiranya korang nak pancing spesies sasaran seperti sebarau dan peacock bass, korang boleh guna tali saiz maksimum 20lb. Kekuatan rod pun maksimum 20lb jugak. Sebaliknya jika hendak pancing spesies toman yang terkenal dengan kekuatan dan halangan padang pancing, pastikan kekuatan tali melebihi 20lb.
Kesimpulannya, untuk dapatkan kesesuaian dan keseronokan menggunakan baitcaster, korang mencuba sendiri untuk dapatkan setting terbaik. Kebanyakan pemancing belajar dari pengalaman sendiri dan setiap mereka ada setting tersendiri.
Boleh tak admin berikan sedikit tips umpan apa yang boleh digunakan untuk memancing ikan patin liar sama ada di lombong atau sungai?
JAWAPAN:
Seperti yang telah kita ketahui, ikan patin cenderung menyukai kondisi perairan semulajadi yang liar. Patin liar biasanya memakan organisma reput, tumbuhan air dan juga beberapa haiwan.
Namun pemburuan patin liar tidaklah serancak patin kolam berikutan kesukaran untuk menyediakan umpan yang sesuai. Oleh yang demikian, kami dedahkan beberapa umpan alami yang berpeluang untuk korang strike ikan patin liar.
Ikan-Ikan Kecil
Ikan kecil patin sangat menyukai jenis ikan-ikan kecil. Ia tidak menghairankan kerana patin adalah haiwan omnivore malah menghampiri sifat karnivor. Oleh yang demikian dengan menggunakan ikan kecil, maka ada kemungkin patin akan menyambarnya.
Katak kecil
Jenis katak yang menjadi umpan patin adalah yang berukuran kecil. Jika terlalu besar, kemungkinan patin tidak akan menyukainya. Selain itu jenisnya harus katak sawah yang biasa kita temui di kawasan perkampungan.
Umpan Udang
Udang juga masuk ke dalam kategori umpan alami untuk patin. Caranya cukup mudah, iaitu dengan mencampurnya dengan pelet ikan ditambah sedikit air panas. Kemudian buatlah adonan.
Umpan Cacing Tanah
Cacing biasa anda temukan secara mudah di persekitaran rumah. Biasanya terdapat pada jenis tanah yang subur dan lembab. Jenis cacing gila lebih mantap lagi, kerana mempunyai ukuran yang besar. Akan lebih disukai oleh ikan patin.
Assalamualaikum admin, saya ingin bertanya mengenai tali sulam untuk pancingan pantai. Sesuai atau tidak saya menggunakan tali berkuatan 60lb jenis tiga empat sulam dan dipadankan dengan joran 12 kaki panjang?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam… Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah. Terutamanya di kawasan pantai yang landai dan cetek. Justeru jarak lontaran umpan jauh ke tengah amat penting bagi membolehkan umpan sampai ke lubuk atau kawasan ikan.
Untuk membolehkan lontaran umpan sampai ke kawasan sasaran, faktor panjang joran amat memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama. Oleh yang demikian penggunaan joran panjang melebihi 12 kaki amat membantu. Bahkan semakin panjang joran maka semakin jauh jarak lontaran umpan dapat dilakukan.
Selain faktor panjang joran, diameter tali pancing juga turut memainkan peranan. Selalunya penggunaan tali sulam atau benang (braided) sering digunakan membolehkan lontaran umpan yang sempurna. Namun tali benang kekuatan 60lb jenis empat sulaman sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter. Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...