SOALAN:

Saya mula minat memancing teknik jigging sejak melihat video di Youtube. Tapi saya tak pernah dapat ikan dengan teknik itu.

Banyak barang untuk jigging saya beli dan praktikkannya di laut tapi tiada hasil. Saya kerap turun memancing di tempat saya di Kuantan.

Sedangkan bila menggunakan teknik bottom banyak ikan yang saya perolehi. Boleh bagi sedikit tunjuk ajar bagaimana nak mendapatkan ikan dengan teknik jigging?

 

JAWAPAN:

 

Jigging merupakan teknik memancing gaya moden yang semakin mendapat tempat di hati para pemancing.

Ads

Dengan kemunculan teknik jigging ini, ia memberi nafas baru kepada industri memancing khususnya sukan memancing itu sendiri.

 

Teknik jigging merupakan teknik memancing yang menggunakan metal jig yang dihulurkan ke dalam air dan mengerakkannya secara vertikal di mana jig tersebut menyerupai ikan

yang sakit atau umpan yang berenang untuk menarik perhatian ikan predator membahamnya.

 

Ads

Teknik jigging itu pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti jigging ringan, jigging berat, jigging laju dan jigging perlahan.

Manakala pemilihan jenis jig serta pergerakannya amatlah penting sekiranya ingin ikan menyambar jig kita.

 

Memandangkan saudara memancing di perairan Kuantan, maka saya syorkan saudara mempraktikkan jigging ringan dengan aksi karauan laju dan perlahan.

Menggunakan jig seberat 40 hingga 80 gram sekiranya memancing di kawasan perairan Kuantan. Jig dengan berat 30 hingga 60 gram adalah pilihan yang sesuai.

Ads

 

Selain pemilihan jenis jig yang tepat, assist hook yang dihias dengan benang kilauan turut penting untuk diguna pakai.

Bagaimana untuk menggayakan jig terpulang kepada ikan sasaran. Sekiranya ingin memburu ikan yang berlegar di permukaan dasar maka jig perlu digerakkan naik turun pada permukaan dasar.

Dan jika ingin memburu ikan di pertengahan air maka jig perlu kerap dikayuh dengan kelajuan tinggi hingga ke permukaan air.

 

Selain itu peranan tekong juga penting agar dapat melabuhkan bot di atas gerombolan ikan. Tiada gunanya jigging sehingga tercabut lengan jika berada di kawasan bukan habitat ikan.

Seperkara lagi, jangan mudah berputus asa kerana bukan senang untuk menipu ikan memakan umpan besi.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI