Soalan:

Saya bercadang untuk menimba pengalaman dalam eging mengabang. Boleh tak admin jelaskan waktu sesuai untuk eging. Siang atau malam yang lebih sesuai?

 

Jawapan:

Sebenarnya tiada waktu khusus untuk casting mengabang. Atau dalam bahasa mudahnya, sotong mengabang boleh dipancing tidak mengira waktu siang atau malam.

Ads

Hanya perbezaan lokasi yang membezakan aspek keaktifan mengabang mengejar candat yang kita mainkan.

 

Contohnya di kawasan pulau berbatu sotong mengabang amat aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting

Ads

dan mengabang tetap galak. Begitulah sehingga lewat petang dan sepi apabila malam menjelang.

 

Berlainan pula jika lokasi tersebut memiliki sumber cahaya pada malam hari seperti lampu. Lokasi-lokasi seumpamanya seperti benteng atau jeti yang berlampu, sotong mengabang

Ads

aktif pada lewat petang dan waktu malam. Malah di beberapa kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.

 

Hal yang turut berlaku sekiranya kita menyandat sotong torak atau jarum di pantai timur pada musim menyandat sotong. Selalunya bukan sotong torak atau jarum saja yang

berjaya dicandat. Pasti ada seekor dua sotong mengabang yang turut berjaya dicandat. Ia jelas membuktikan sotong mengabang boleh dipancing tanpa mengira waktu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI