Saya ada terdengar bahawa ikan ketutu atau baung boleh diperdaya dengan menggunakan gewang? Betul ke bohong, min?
Jika benar, apakah jenis gewang dan bagaimanakah cara terbaik ianya dipersembahkan.
JAWAPAN:
Ads
Berdasarkan pengalaman, saya berani menyatakan bahawa ikan ketutu dan baung sememangnya boleh diperdaya dengan menggunakan gewang.
Walaupun cuma sekali dan bukan disengajakan, saya pernah mendaratkan ikan ketutu dengan menggunakan gewang.
Gewang selaman dalam yang digunakan untuk memancing haruan tetapi ikan ketutu yang mengena.
Sementara baung pula sudah beberapa kali berjaya ditewaskan dengan menggunakan pelbagai jenis gewang.
Ads
Walau bagaimana pun boleh dirumuskan di sini, jika ingin memburu ketutu menggunakan gewang, dicadang menggunakan gewang soft plastic dan gewang yang boleh menyelam hingga ke dasar.
Begitu juga untuk memburu baung kerana kedua-dua spesies ini adalah ikan yang hidup dan mencari makan di dasar sungai.
Ads
Cara persembahan amat penting dan sering kali sambaran berlaku apabila gewang dipersembahkan betul-betul di hadapannya.
Apa yang penting kita mestilah tahu mengenal rumah atau lubuk yang didiami oleh kedua-dua ikan ini.
Selain dari teknik casting, teknik yang turut mujarab khususnya memperdaya baung ialah dengan menggunakan teknik trolling atau menunda dengan menggunakan gewang selaman dalam atau gewang rattlin jenis bergetar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam Min. Saya tahu ikan peacock bass ialah spesies pendatang (penceroboh) yang hidup di perairan kita. Tetapi betul ke spesies ini akan memusnahkan ikan tempatan?
JAWAPAN:
Pertama sekali, setiap spesies mempunyai sifat dan habitat semula jadi (tempat tinggal) yang tersendiri dan ia telah pun dijelaskan secara saintifik.
Habitat semula jadi ini merangkumi keseluruhan ekosistem sesebuah kawasan termasuk rantaian makanan, mangsa dan juga pemangsa.
Kesemua inilah yang akan mengekalkan kestabilan dalam sesebuah ekosistem. Spesies pendatang pula ialah apabila satu spesies dari habitat atau ekosistem lain masuk atau menumpang ke dalam habitat yang lain.
Spesies ikan peacock bass boleh diketegorikan sebagai ikan pemangsa. Jadi, ia akan mengganggu kitaran asal sesebuah rantaian makanan di sesebuah habitat kerana keperluan dan nalurinya untuk hidup.
Bila pertambahan spesies pemangsa dalam sesebuah habitat, ini akan mengecilkan jumlah mangsa dan tidak keseimbangan akan berlaku.
Ikan spesies pendatang ini bukan hanya berisiko memakan spesies asal sahaja, namun boleh berlaku kepada perebutan sumber makanan.
Jika tidak dibendung, maka berkemungkinan spesies asal akan berkurangan dan hilang dari habitatnya adalah amat besar. Jadi jawapannya betul, ikan raja atau peacock bass ini akan memusnahkan spesies tempatan berdasarkan fakta dan bukti.
SOALAN: Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkan Mejar berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Malah, dalam kategori pancingan air tawar ia merupakan pancingan yang paling mencabar dan menyeronokkan tetapi tidak semua pemancing mampu mengaplikasikannya.
Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan. Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Tidak dinafikan batu ladung merupakan terminal tackle yang wajib ada jika memancing teknik dasar di laut dalam. Ada banyak aspek yang perlu diketahui dalam penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan atau kaitannya antara lokasi dan kelajuan arus laut.
Malaysia mempunyai dua pesisir pantai atau perairan utama iaitu pantai barat dan pantai timur. Kedua-dua perairan pantai ini memiliki struktur bumi yang berbeza. Pantai barat atau perairan Selat Melaka lebih sempit berbanding pantai timur atau perairan Laut China Selatan.
Kalau di pantai barat, had maksimum saiz batu ladung yang biasa digunakan ialah bersaiz #32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di pantai timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah #24 atau berat metrik 1kg. Perbezaan ini disebabkan arus di pantai barat lebih deras berbanding di pantai timur berikutan laluan yang sempit.
Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, di mana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerana ia berkongsi laut yang sama iaitu Laut China Selatan.
Kebiasaannya, memancing di laut dalam hanya perlu membawa batu ladung mati bersaiz dari #8 hingga ke #24 atau #32 jika memancing di pantai barat.
Berapakah jumlah yang perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada durasi waktu memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan.
Ia sebagai bekalan jika berlaku kejadian tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yang tajam, tersimpul dengan tali rakan-rakan yang terpaksa diputuskan atau kehilangan yang tak diduga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...