Apakah kelebihan joran buatan tangan atau rod custom yang sekarang ini semakin ramai peminatnya?
JAWAPAN:
Joran dan kekili umpama aur dengan tebing. Sama-sama memerlukan antara satu sama lain.
Ads
Hanya berbeza sedikit berbanding kekili, kita boleh memilih sama ada untuk menggunakan joran keluaran kilang yang boleh dipakai terus, atau menggunakan joran buatan tangan atau custom rod.
Pada asasnya sama ada joran ready made atau custom made mempunyai tujuan yang sama ketika aktiviti memancing. Tidak banyak perbezaan antara keduanya.
Bezanya, ia satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan apabila menggunakan joran buatan tangan.
Ads
Jika hendak dibuat penjelasan, ia bolehlah diibaratkan seperti menempah baju Melayu atau baju kurung. Jika boleh tentukan nak pakai fabrik apa atau saiz macam mana.
Begitu juga dengan joran buatan tangan. Semuanya kita boleh tentukan sendiri dari pemilihan material blank joran, jenis cincin dan jumlahnya dan pelbagai lagi mengikut cita rasa kita sendiri.
Ads
Oleh yang demikian, bagi rod buatan tangan rod custom ini mungkin anda perlu mengeluarkan belanja yang lebih.
Namun bagi seorang pemancing, alah membeli menang memakai. Biasanya, rod custom dibuat untuk kepuasan secara individu.
Rekaan dan ukuran serta jenis blank juga mempengaruhi hasilnya nanti selain ukurannya memang dibuat khas untuk tuannya sahaja.
Lagi pun, apa yang memberikan lebih kepuasan ialah rod tersebut hanya ada SATU sahaja dalam dunia.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pertama sekali kami nak ucapkan selamat datang ke dunia memancing, hobi berbau hanyir yang paling popular di Malaysia. Untuk membuat satu posting tentang tatacara membeli set memancing ini sebenarnya terlalu subjektif dan panjang untuk dihurai. Namun kami bagi sedikit tip asas untuk anda bagaimana untuk membeli peralatan memancing.
Pertama sekali anda kena pastikan lokasi padang pancing dan spesies apa yang hendak dipancing. Sebagai permulaan kami sarankan lokasi padang pancing ialah kolam komersial air tawar dan spesies yang ingin dipancing adalah ikan patin bersaiz sederhana (2-7 kg).
Terdapat 3 peralatan asas utama yang perlu anda miliki terlebih dahulu ialah…
Kekili
Terpulang kepada jenama kekili yang korang minat dah bergantung kepada bajet. Saiz kekili atau mesin memadai siri 2000 hingga 5000. Anda boleh pilih kekili untuk air tawar atau air masin namun lazimnya kekili khusus untuk air masin lebih mahal. Jika berkemampuan, elok beli kekili khusus untuk air masin kerana ia juga boleh digunakan untuk pancingan air tawar.
Joran
Sebaiknya dapatkan joran berkekuatan 10-20 lb. Lagi tinggi kekuatannya pun tak mengapa. Lazimnya joran untuk air tawar masih menggunakan sukatan pound (lb) dan joran untuk air masin khususnya jigging menggunakan ukuran PE. Panjang joran pula bergantung kepada selera anda. Namun disarankan saiz yang praktikal ialah 5-7 kaki,
Tali
Anda boleh menggunakan tali sulam atau tangsi namun bagi pancingan kolam air tawar penggunaan tali tangsi adalah lebih praktikal. Jika menggunakan tangsi pastikan ia bersesuai dengan joran. Jika menggunakan joran 10-20lb maka tangsi yang digunakan sebaiknya jangan lebih daripada 20lb.
Ikan kurau ialah spesies yang berskala 5 kilogram ke bawah manakala senohong melebihi 5 kg.
Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20lb diperlukan.
Cara terbaik untuk memancingnya ialah menggunakan batu ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar.
Gunakan perambut tangsi minimum 50lb diikat dengan mata kail 3/0. Tidak perlu perambut dawai kerana ia boleh menjejaskan persembahan umpan sekaligus kurau tidak mendekati umpan.
Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya.
Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.
Saya pernah diberitahu terdapat satu cara untuk melepaskan gewang yang tersangkut di dalam air jika tiada penyelamat gewang. Caranya ialah ialah dengan cara menjentik tali pancing. Ada juga yang menyebutnya menjentik gewang. Saya tidak pasti sama ada admin pernah mendengar perkara ini perkara ini atau tidak, yang pasti cara ini tidak berkesan pada saya.
JAWAPAN:
Sekiranya admin tidak memahami maksud teknik menjentik tali atau gewang sebagaimana yang dimaksudkan, sudah tentu admin menjentik dahi sendiri untuk memberikan pendapat. Jika menurut kefahaman admin, sebagaimana yang dijelaskan juga teknik menjentik tali bagi melepaskan gewang yang tersangkut, hanyalah satu usaha atau ikhtiar sahaja.
Dalam erti kata lain ia bukanlah satu formula yang terbukti berkesan. Tapi elok juga admin jelaskan sedikit kaedah ini khusus untuk sesiapa yang belum memahaminya.
Apabila gewang tersangkut (melanggar objek di dalam air), pemancing perlulah menegangkan tali pancing, kemudian dengan menggunakan jari tarik tali (seperti menarik getah lastik atau seperti memetik gitar) dan lepaskan kembali.
Dengan cara demikian, leader yang digunakan akan bertindak seperti spring untuk menendang keluar mata kail yang tersangkut pada objek. Namun terdapat beberapa perkara yang memungkinkan kaedah ini gagal.
Pertama, ia pasti gagal untuk dilaksanakan jika menggunakan tali mono atau tangsi sepenuhnya. Begitu juga jika menggunakan mata tunggal kerana lazimnya mata tunggal akan lebih solid benamannya pada objek.
Atau kita melakukan strike atau stroke yang kuat sewaktu gewang terlanggar objek atau reba kerana menyangkakannya ia disambar ikan. Atau objek yang menyebabkan gewang tersangkut bukanlah reba pokok, sebaliknya objek lain yang sememangnya sulit untuk dilepaskan seperti pukat atau karung guni.
Admin sendiri pernah berhadapan dengan situasi dan mempratikkan kaedah ini dengan hasil yang berbeza. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang terpaksa merelakan pemergian gewang kesayangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...