SOALAN:

Saya ingin tahu tali utama kasar ke halus yang memainkan peranan untuk dapatkan ikan?

 

Jawapan:

Ads

Soalan saudara sebenarnya agak umum untuk dijawab dengan setepatnya. Jika dijawab secara am, tentu saja tali halus lebih berpeluang untuk dapatkan ikan.

Tetapi jika sekadar untuk mendapatkan ikan ia tidak mendatangkan sebarang makna jika gagal mendaratkannya kerana kegagalan tali yang halus mengimbangi kekuatan ikan.

 

Ads

Di dalam memancing setiap alatan memainkan peranan tersendiri untuk berjaya mendaratkan ikan sasaran. Contohnya, tali utama pada gelendong kekili saudara adalah untuk membolehkan saudara menarik ikan dengan senang dan kuat.

Ini disebabkan ia adalah penyambung antara perambut, kekili serta gelendong kekili oleh demikian ia haruslah kasar dan kuat.

 

Ads

Walau bagaimana pun tali pada perambut juga penting sekali untuk menawan ikan. Ia harus kuat serta halus dengan ciri seperti ia tahan calar, kurang nampak atau bersinar semasa dalam air.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan ikan semua peralatan memainkan peranan bukan tertumpu kepada kehalusan tali sahaja. Apa yang penting adalah keseimbangan.

Namun tidak dinafikan tali yang halus ada kelebihannya tersendiri. Antaranya, ia dapat dimuatkan lebih panjang di dalam gelendung kekili dan mampu menghantar umpan lebih jauh dan lebih cepat ke sasaran berbanding tali yang lebih kasar.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI