Saya gemar mengikuti perkembangan pertandingan memancing di tepi pantai tetapi belum pernah menyertainya.
Jadi, saya ingin meminta sedikit tip untuk menaikkan ikan terberat dan umpan paling sesuai untuk sajian ikan di tepi pantai.
JAWAPAN:
Ads
Sememangnya pancingan pantai tidak semudah membaling umpan ke tengah laut semata-mata.
Malah, teknik membuat balingan dengan betul dan tepat itu turut dipelajari sebelum menyertai mana-mana pertandingan memancing pantai.
Memancing di pantai perlu mengambil kira banyak aspek seperti kawasan paloh atau parit, kawasan terdapat batu atau reba, di kawasan untuk memancing.
Ads
Kalau saya memancing di pantai saya selalu akan ke tempat itu semasa air surut untuk mencari tempat yang ikan mungkin berada semasa pasang nanti.
Umpan pula bergantung pada ikan yang diburu, untuk umpan universal atau antara bangsa kita boleh pakai umpun, udang, hirisan isi ikan dan sotong.
Tapi sekiranya kita nak pancing ikan duri atau ikan bersesungut (bermisai) cuba pakai isi kerang atau umpan yang sedikit berbau.
Ads
Kalau berhajat nak tarik ikan pari boleh cuba guna isi ikan belacak.
Satu lagi yang penting apabila memancing di pantai adalah penggunaan batu ladung yang dibuat khusus untuk pancing pantai atau berbentuk empat segi atau 3 segi supaya batu ladung tersebut tidak bergolek dipukul ombak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya sudah lama mengidam nak pancing ikan tenggiri. Masalahnya tidak tahu bagaimana hendak mencari spot tenggiri dan mengesan kehadirannya. Boleh tak admin berikan sedikit tip?
JAWAPAN:
Ikan tenggiri sememangnya menjadi buruan utama dalam aktiviti memancing kerana ia merupakan spesies yang menghadirkan keseronokan ketika dipancing dan kepuasan tak terhingga apabila berjaya mendaratkannya.
Ikan tenggiri boleh dipancing hampir sepanjang tahun dan tiada musim khusus kehadirannya. Namun kita boleh mengesan atau memburu tenggiri di tiga kawasan tumpuan utama iaitu di kawasan unjam, tukun (kapal karam) dan di atas kawasan terumbu karang.
Jika kita memancing di tiga kawasan tersebut, maka beberapa perkara atau faktor boleh dipantau bagi mengesan kehadiran tenggiri. Faktor pertama yang paling ketara ialah apabila banyak kejadian ikan-ikan kecil melompat di permukaan air disusuli lompatan tenggiri. Jika melihat kejadian ini, segeralah melayangkan apa saja umpan untuk memancingnya.
Kedua, ikan-ikan pelagik yang dicari dengan teknik apollo sering hilang bersama mata apollo sekali. Ia jelas membukti ada tenggiri yang mengerjakannya.
Ketiga, kesan potongan (gigitan) pada umpan yang digunakan. Dalam hal ini anda perlu menguasai pengalaman memancing untuk membezakan ia adalah gigitan tenggiri, alu-alu atau ikan yu.
Dan ketika tetapi agak sukar untuk dipastikan bagi pemancing yang kurang berpengalaman ia cara sambarannya pada umpan.
Setiap ikan ada cara sambaran atau getuan tersendiri. Sekiranya ada yakin ia adalah perbuatan tenggiri maka gunalah peralatan yang betul untuk menjeratnya.
Boleh tak admin bagi tip bagaimana nak hook up siakap dengan betul? Tertekan dibuat setiap kali strike siakap lepas tu mata kail boleh lucut pulak.
JAWAPAN:
Tidak dinafikan peratus kejayaan untuk mendaratkan siakap adalah ketika melakukan hook up. Hook up atau selakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digonggong siakap seketika, kemudian apabila tali pancing menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan.
Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada beberapa sebab. Pertama, saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut ikan (siakap). Saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.
Kedua, mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram. Ketiga, mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
Keempat, terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.
Kelima, teknik pasang umpan. Jika cangkok di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang. Jika menggunakan isi ikan, pastikan mata kail menembusi kulit isi ikan yang kadangkala mata kail gagal menembusi kulit isi ikan berkeadaan apabila disambar siakap.
Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu.
Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk.
Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut.
Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil.
Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot.
Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...