Korang Tanya UMPAN Jawab (S3S6) – Apa Itu Gewang?

Share

SOALAN:

Boleh tak tuan admin jelaskan apa maksud GEWANG yang sebenarnya? Sehingga sekarang saya masih keliru antara gewang, jig dan juga spoon.

 

JAWAPAN:

Gewang adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri. Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental.

Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori seperti plug, spinner, spoon dan pelbagai lagi.

 

SPINNER

Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).

 

PLUG

Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan dipermukaan air atau di bawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam kekedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.

 

SPOON

Spoon atau sesudu adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.

 

FLY

Fly adalah gewang kecil yang ringgan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.

 

SOFT PLASTIC

Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semulajadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Pengunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.

 

JIG

Jig adalah kepingan logam (tungsten, timah dan sebagainya lagi) yang dibentuk menyerupai replika berbentuk atau menyamai aksi ikan. Lazimnya ia digunakan dalam teknik mengunjun atau jigging yang kini menjadi trend memancing.

 

JIG HEAD

Jig mempunyai pemberat pada badannya atau menpunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.

Published by
Amang