KORANG TANYA UMPAN JAWAB (S3S24) – Macamana rupa buah ara?

Share

SOALAN:

Saya merupakan seorang pemancing yang dibesarkan di bandar dan baru tahu buah ara boleh dijadikan umpan. Bagaimana nak mengenali buah ara dan di mana boleh mendapatkannya?

JAWAPAN:

Buah ara adalah buah hutan. Biasanya pokok ara tumbuh meliar di tebing sungai di kawasan kampung. Memancing ketika musim pokok ara berbuah adalah menyeronokkan kerana buahnya menjadi kegemaran pelbagai spesies ikan terutama sungai-sungai di Perak dan Pahang.

 

Sementara ikan-ikan seperti kaloi, lampam, tongsan sisik kasar, patin, lawang dan kekadang baung turut menggemari buah ara. Oleh yang demikian ketika buah ara masak ranum masa adalah terbaik untuk memancing ikan-ikan sungai ini.

Ketika ini ikan mudah mabuk kerana memakan buah yang gugur dan pada masa yang sama pemancing boleh memanfaatkan peluang menggunakan buah ara untuk memancing dengan dengan meletakkan buah yang dicangkuk pada mata kail.

Selain itu. anda boleh membelah atau memotong buah ara yang masak ranum untuk mengeluarkan aromanya supaya senang dicangkuk satu persatu sampai panjang lebih kurang sejengkal pada perambut.

Teknik ini sangat sesuai digunakan di lubuk yang agak jauh dari pokok ara yang kebiasaannya banyak terdapat di tebing sungai sekitar daerah Perak Tengah. Musim buah ara masak antara empat dan lima kali setahun.

Setiap kali masak boleh tahan seminggu namun begitu tidak semua buah pokok ara menjadi kegilaan ikan sungai. Biasanya yang berbau wangi dan warna merah hati menjadi pilihan pemancing sekitar daerah Perak.

 

Published by
Amang