SOALAN:

Saya baru berjinak dengan hobi ini dan terus terang saya banyak perkara yang belum saya ketahui mengenai istilah Rapala dan gewang. Apakah ia dan bagaimanakah rupa bentuknya.

 

JAWAPAN:

Istilah bagi alatan yang digunakan di dalam sukan memancing amatlah banyak sekali, saya akan cuba kupaskan secara asas supaya saudara dapat memahaminya.

Ads

 

RAPALA – Ia adalah jenama bagi produk bagi pembuat gewang yang berasal dari Sweden dan amat tersohor di seluruh dunia termasuk banyak digunakan oleh ramai pemancing di Malaysia sebagai nama sandaran kepada gewang yang kita panggil plug.

 

Ads

Berikutan kepopularan gewang berjenama Rapala pada ketika itu dan hampir tiada saingan daripada jenama lain, secara tidak langsung dengan sendiri pemancing lebih senang menyebut Rapala itu adalah gewang, bukannya jenama. Situasinya hampir sama dengan Maggi sebagai mee segera.

 

GEWANG – adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun  untuk mempertahankan diri.

Ads

 

Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental.

 

Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang di pecahkan kepada beberapa kategori seperti plug, spinner, spoon dan pelbagai lagi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI