SOALAN: Bolehkah jig dan gewang digunakan untuk memancing dari atas kelong, rumah rakit atau tepi sangkar ikan? Apakah warna gewang paling sesuai untuk menawan, sekali gus menewaskan siakap atau senangin di kawasan terbabit?

 

JAWAPAN:

Tiada masalah untuk anda cuba menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan. Sebaliknya bukan saja boleh malah anda harus mencuba teknik pancingan ini apabila mengunjungi padang pancing sebegini. Selain gewang dan jig, anda juga boleh candat (egi) untuk mencandat sotong terutamanya sotong mengabang.

Ads

 

Namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan paras dan dasar air. Struktur di dalam juga perlu diperhatikan juga kerana jika banyak terdapat kalangan di dalam air ia akan menyebabkan risiko gewang atau jig tersangkut adalah tinggi.

 

Ads

Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan. Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular.

 

Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.

Ads

 

Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas sangkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.

 

Pengalaman penulis sendiri pernah menaikkan siakap liar dengan menggunakan spoon atau sesudu di tepi sangkar ikan. Di rumah rakit dan kelong pula penulis mendaratkan alu-alu dan kerapu menggunakan gewang. Dengan menggunakan mikro jig pula pernah mendaratkan ebek, senangin dan kerapu. Dan dengan menggunakan candat pula di kelong hampir semua jenis sotong sudah berjaya didaratkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI