Korang Tanya UMPAN Jawab (S3S1) : Apa itu Pembantu Mata Kail??

Share

 

SOALAN:

Saya ingin tahu serba sedikit berkaitan assist hook. Apakah assist hook dan apa pula kegunaannya?

 

JAWAPAN:

Pada asasnya, assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar. Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar. Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam.

 

Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan besi (jig) atau jigging. Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.

 

Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan. Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.

 

Selain itu pengunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid. Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula. Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.

 

Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.

Published by
Amang