Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S27) – Perumpun tahan lebih lama? *

Share

SOALAN: Ada tak petua bagaimana nak bagi perumpun tahan lebih lama?

 

JAWAPAN:

Tak kira apa saja jenis perumpuan atau umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.

 

Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal perumpun) sebagai tempat perumpun berlindung.

 

Perumpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.

 

Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).

Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan.

 

Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.

 

Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.

 

Asingkan perumpun mati dengan yang hidup.

 

Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.

Published by
Amang