SOALAN: Ada tak petua bagaimana nak bagi perumpun tahan lebih lama?
JAWAPAN:
Tak kira apa saja jenis perumpuan atau umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal perumpun) sebagai tempat perumpun berlindung.
Ads
Perumpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.
Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).
Ads
Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan.
Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.
Ads
Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.
Asingkan perumpun mati dengan yang hidup.
Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin bagi penerangan perihal kedudukan joransama ada menegak, mendatar atau sedikit mendongak selepas melontar umpan. Ada sesetengah pancing hujung pancing masuk sikit dalam air. Ada tanya juga pada pemancing tujuannya tetapi mereka pun sekadar ikutan sahaja.
JAWAPAN:
Berdasarkan penerangan saudara ini, saya mengandaikan ia adalah berkaitan pancingan kolam air tawar.
Apabila kita berkunjung atau memancing di kolam air tawar, kita akan dapat melihat pemancing meletakkan joran pada pancang dengan pelbagai kaedah. Ada yang meletakkan joran secara menegak, mendatar, mendongak dan juga menunduk hampir mencecah air kolam.
Pada pendapat saya tiada yang salah atau betul dalam perkara ini. Jika ada penerangan di sebaliknya mungkin berkaitan dengan teknik pancingan yang diamalkan atau bagi menyesuaikan keadaan dengan geografi kolam.
Sebagai contoh, jika kolam tersebut bertebing tinggi maka teknik menundukkan joran hingga mencecah lebih sesuai. Malah, dengan meletakkan joran menunduk ke air juga adalah lebih selamat dari terbang ke dalam kolam sekiranya pancing direntap kasar oleh ikan.
Ini kerana tarikan mengejut dari ikan boleh menyebabkan joran terlepas dari pancang jika diletakkan dalam keadaan mendatar atau mendongak.
Jika mempraktikkan teknik pancingan apung maka meletakkan joran dalam keadaan menegak adalah lebih praktikal. Dengan cara itu lebih mudah untuk melihat atau mengesan sebarang pergerakan tali pancing di permukaan air.
Adakah faktor cuaca mempengaruhi selera ikan ketika memancing? Waktu manakah yang paling sesuai untuk memancing?
JAWAPAN:
Sememangnya cuaca serta suhu amat memainkan peranan besar pada ikan untuk bergerak aktif, makan dan mengawan. Jadi kita perlulah mengetahui serba sedikit tentang kelakuan ikan pada keadaan sekitar.
Sekiranya cuaca panas dan suhu air suam, ikan akan aktif mencari makan, sekiranya cuaca mendung dan suhu air masih suam ikan masih aktif. Tetapi sekiranya air bertukar menjadi sejuk sungguh pun cuaca panas, ikan lebih pasif dan tidak galak mencari makan.
Bagi cuaca pula ikan akan lebih aktif sebelum dan selepas hujan. Apa yang penting adalah suhu pada air sekiranya air sejuk maka susah sikit ikan nak makan umpan. Harus diingat, perubahan 1 darjah air sahaja pun sudah cukup besar pada kehidupan marin seperti ikan.
Pada hari yang panas ikan akan banyak berada di kawasan redup atau berlindung seperti di bawah pohon kayu atau bayang pokok, batu atau bukit di kawasan air tawar dan akan berada di permukaan air atau pertengahan air di laut.
Pada hari hujan ikan akan berada di dasar sungai dan akan selalunya bergerak ke kawasan adanya air yang masuk ke sungai untuk mencari serangga yang hanyut ke dalam sungai. Bagi laut pula banyak ikan akan bergerak ke pertengahan air untuk mencari “Thermal Line” (kawasan arus air yang suam di dalam laut).
Bagi saya sekiranya saya pergi memancing cuaca tidak banyak memainkan peranan yang besar tapi apa yang saya perhatikan adalah suhu pada air. Kalau air itu sejuk saya tidak pergi kerana ikan tidak aktif. Jadi sebelum pergi memancing celup tangan dalam air, sekiranya sejuk tak payahlah pergi memancing pada hari itu.
Aku ada kemusykilan sikit ni admin. Aku memang minat casting jadi banyaklah gewang dah aku kumpul. Masalahnya, boleh ke gewang yang biasa aku casting sebarau toman peacock bass ni digunakan casting kat perairan air masin?
Betul ke semua gewang boleh digunakan untuk casting air tawar dan air masin ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin sahaja?
JAWAPAN:
Boleh… sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...