Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S22) – Cincin beroda untuk apa? *

Share

SOALAN:

Saya ingin tahu apa perbezaan cincin yang mempunyai roda dengan cincin biasa pada joran?

 

JAWAPAN.

Terlebih dahulu kita harus faham apa kegunaan cincin atau guide pada joran. Peranan cincin adalah untuk membimbing tali keluar daripada kekili dengan lurus serta mengurangkan daya geseran tali utama.

Kebiasaannya jenis cincin beroda yang dibina pada joran bertujuan untuk kegunaan menunda (trolling) atau memancing ikan yang memiliki daya renangan pantas yang dikenali sebagai ikan sukan (game fish).

Kebanyakan joran jenis pancing dasar dan menunda diperbuat menggunakan cincin beroda sebelum teknologi pembuatan cincin joran berkembang. Cincin beroda dibuat supaya dapat menghindarkan geseran ketika tangsi keluar melaluinya dan seterusnya janaan haba terhadap dua objek yang bertemu pada kelajuan tinggi.

Roda yang berputar boleh mengurangkan geseran berbanding cincin statik. Apabila cincin yang diperbuat daripada bahan tahan hakisan seperti silikon karbid (SiC) memasuki pasaran, bahan ini terbukti lebih efisyen dan baik berbanding roda.

Cincin jenis SiC diperbuat daripada seramik paling terbaik daya hakisan dan mampu mengurangkan janaan haba apabila tangsi melalui diatasnya (nyah haba) dengan kelajuan tinggi.

Published by
Amang