Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S21) – Ikan boleh lemas??

Share

SOALAN: Saya ada mendengar yang berkata ikan boleh lemas. Betul ke ni? Takkan ikan pun boleh lemas jugak kot.

 

JAWAPAN: Pelik? Jangan pelik sangat… pelik tapi itulah kebenarannya. Tahukah korang bahawa sebenarnya ikan juga boleh lemas?

 

Ya, sama seperti manusia, ikan juga memerlukan oksigen untuk hidup. Ikan tanpa air boleh menyebabkan ia kehilangan elemen utama untuk hidup.

 

Seekor ikan biasanya datang lengkap bersama sepasang insang yang digunakan untuk bernafas di dalam air. Insang ini digunakan untuk mengekstrak oksigen daripada hidrogen dalam molekul air yang bertujuan untuk mengawal jumlah pengambilan oksigen. Proses ini dapat mengekalkan keseimbangan yang diperlukan oleh kedua-dua komponen air bagi membolehkan ikan bertahan hidup.

 

Namun, apabila ikan dikeluarkan dari air, ia akan terdedah hanya kepada udara dan tidak kepada oksigen dan hidrogen yang terkandung di dalam air. Ini akan menyebabkan insang tidak dapat mengawal pengambilan oksigen seperti biasa. Disebabkan itu, proses keseimbangan tidak dapat dikekalkan kerana insang telah menyedut oksigen secara berlebihan di udara.

 

Jadi, pada dasarnya, inilah yang dimaksudkan dengan ikan boleh lemas!

 

Published by
Amang