SOALAN: Saya sering memancing di laut dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang sering memotong tali pancing saya. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing?
JAWAPAN: Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.
Ads
Ikan buntal merupakan spesies ikan yang saya amat memeningkan kepala penulis. Sehingga sekarang saya masih mencari sebab utama kenapa yang dia suka sanggat memotong tali pancing. Adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakkannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya.
Ads
Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided). Setakat ini sejak saya menggunakan tali jenis ini kurang juga ia menggigitnya.
Ads
Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku adegan tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab. Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan subjek utama memancing iaitu ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.
Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.
Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.
Cara terbaik ialah anda perlu cuba pelbagai jenis ikatan dan uji sendiri kekuatan ikatan tersebut sebelum mengaplikasikannya ketika memancing. Di dalam portal Umpan ini kami menyediakan banyak jenis ikatan dan setiap ikatan memiliki kelebihan tersendiri.
Sudah lama saya perhati aksi-aksi pemancing menjerat tenggiri di perairan utara tanah air terutamanya di daerah Yan, Kedah. Saya sebenarnya teringin jugak nak try tapi boleh dikatakan sifar pengetahuan untuk menjerat tenggiri di sini. Jadi, boleh tak admin berikan sedikit tip kepada saya untuk menjerat tenggiri tuas?
JAWAPAN:
Jika anda ingin menjerat tenggiri, cuba dapatkan informasi dari kaki-kaki tuas untuk mempastikan tenggiri sudah masuk tuas atau belum. Begitu juga berkenaan dengan lokasi atau tuas mana yang ada tenggiri kerana kawasan perairan Yan memang luas, banyak tuas dan berlainan tuan. Tuas-tuas ini ada banyak bahagian seperti tuas darat, tuas tengah, tuas balak, tuas dulang dan tuas Sg. Udang.
Untuk makluman semua, kesesuaian teknik yang betul amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu trip kerana tenggiri di tuas Yan begitu cerewet. Banyak teknik yang perlu dipratikkan untuk menjerat tenggiri seperti casting temenung kojol, drift, jigging, trolling, casting bulu dan gewang. Pastikan anda mencuba semua teknik yang disebutkan utk menjerat tenggiri kerana citarasa tenggiri kadangkala tidak sama.
Contohnya casting temenung sahaja ada pelbagai versi dari segi teknik dan tempo. Untuk mempelajarinya carilah kaki-kaki tuas sejati atau rajin-rajinlah berkunjung ke tuas. Bukan bermakna sekali anda gagal terus tak mahu mencuba.
Admin, boleh tak jelaskan maksud bearing yang biasanya tertulis pada reel atau kekili? Ada yang 3 bearing, ada yang 6 sampai 10 pun ada.
JAWAPAN:
Boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengendahkan jumlah bearing atau ball bearing yang digunakan dalam sistem kekili yang mereka beli. Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja.
Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni. Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.
Bearing yang dimaksudkan ialah jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili. Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
Bearing tu untuk apa? Bearing atau alas bebola adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.
Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit. Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Begitu pun, bearing atau alas bebola ini boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...