SOALAN: Saya nak minta tunjuk ajar secara ringkas & efektif untuk casting ikan bulan@ tarpon dan ikan bandang@ ladyfish. Sudah beberapa kali saya mencuba casting menggunakan lure, popping dan soft plastic tetapi gagal menaikkannya.
JAWAPAN: Ikan bandang (ladyfish) dan ikan bulan (tarpon) masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu aksi akrobatik ketika bertarung dalam usaha menanggalkan mata kail yang tertancap dalam mulut. Aksi inilah yang sebenarnya membuatkan pemancing berasa seronok untuk memancing spesies ini.
Ads
Bagi kedua-dua spesies ikan ini, ia boleh dipancing dengan kaedah konvensional iaitu menggunakan umpan (ikan kecil atau udang hidup) dan juga teknik moden iaitu teknik mengilat atau casting. Walau bagaimana pun teknik mengilat lebih disukai oleh pemancing masa kini.
Bagi teknik mengilat, kebanyakan kaki pancing akan menggunakan gewang mikro atau bersaiz kecil. Mungkin korang boleh cuba gunakan gewang minnow, mini popper atau spinnerbait. Sebaik-baik gewang ialah gewang yang menyamai saiz diet spesies tersebut. Boleh juga gunakan gewang bersaiz besar tetapi potensinya mungkin tidak sebagus gewang-gewang kecil dan persembahkan gewang dengan pelbagai cara untuk memujuk ikan ini membaham gewang.
Ads
Selain gewang, umpan tiruan yang efektif ialah soft plastic dan micro jig. Anda boleh menggayakan soft plastic dengan cara karau,henti seketika, karau dan henti. Selain itu anda juga boleh cuba gunakan teknik jerk dalam persembahan soft plastic.
Ads
Begitu juga dengan teknik menggunakan mikro jig. Korang boleh pelbagai teknik sehinggalah spesies tersebut membaham gewang. Pokok pangkalnya mestilah rajin dan tidak berputus asa.
Penggunaan mata kail pula sebaiknya gunakan mata kail yang halus terasnya dan tajam. Tak perlu mata kail yang tebal dan kuat kerana apa yang penting mata kail tersebut dapat menembus pipi rahang spesies ini yang agak keras, tidak kiralah sama ada mata kail tunggal atau mata tiga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin beri tips pemilihan perambut dari segi poundage (lb), dan panjang perambut untuk teknik pelampung dan juga tanpa pelampung, khusus untuk mancing siakap kolam air masin? Terima kasih admin.
JAWAPAN:
Dari segi poundage perambut untuk pancingan kolam siakap air masin, kebanyakan pemancing memilih perambut berkekuatan 20lb-40lb. Kebanyakannya memilih maksimum 30lb sahaja. Namun panjang perambut untuk pelampung bergantung kepada kedalaman sebuah kolam pancing.
Untuk mengetahui kedalaman kolam, sebaiknya anda bertanya dulu kepada rakan pemancing di kolam agar dapat ukuran perambut yang tepat. Sekiranya kolam berkedalaman 5 kaki, maka buatlah perambut 5 kaki dilipat dua.
Di mana sebelah untuk pelampung dan sebelah lagi mata kail. Mainline kili diikat di tengah perambut menjadikan sepanjang 2.5kaki semasa buat balingan. Di dalam air, panjang perambut kekal sepanjang 5 kaki.
Untuk mengetahui panjang perambut ngam atau tidak, anda lihatlah pergerakan pelampung. Jika pelampung bergerak laju bermakna perambut agak pendek dan umpan akan tergantung.
Sekiranya tidak bergerak langsung bermakna perambut terlebih panjang dan menyebabkan umpan (udang hidup) menyusup ke dasar dan memudahkan risiko sangkut. Sebaiknya biar pelampung hanya bergerak perlahan.
Sementara perambut direct tanpa menggunakan pelampung pula memadai 1.5 hingga 2.5 kaki panjang. Perambut yang terlalu panjang akan menyebabkan kesulitan untuk membaling umpan dengan tepat dan sempurna.
Selamat berpuasa admin. Aku ada satu soalan nak tanya… betul ke semua gewang boleh digunakan untuk casting air tawar dan air masin ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin sahaja?
JAWAPAN:
Sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri.
Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut.
Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin.
Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Umpan apa yang sesuai untuk memikat MJ (siakap merah), adakah umpan hidup atau pun gewang? Mohon pencerahan ya sipoo.
JAWAPAN:
Jika kesesuaian umpan yang menjadi indikator bagi memikat MJ, maka sudah tentulah apa sahaja yang menjadi makanan atau menyerupai makanan MJ adalah sesuai.
Tetapi jika persoalannya umpan apakah yang paling berkesan untuk memikat MJ, sama ada umpan hidup atau gewang, sudah tentulah umpan hidup yang lebih berkesan.
Seperkara pemancing yang perlu ingat tentang gewang ini ialah ia direkacipta dengan meniru hampir seratus peratus bentuk rupa dan aksi renangan ikan yang menjadi mangsa kepada ikan pemangsa.
Ia direkacipta bagi menggantikan umpan sebenar tetapi tidak berfungsi dengan sendirinya sebagaimana umpan sebenar.
Atau dalam erti kata lain, gewang tidak boleh sekadar dicampak ke lubuk sebagaimana merendam umpan hidup.
Jika ditanya yang manakah lebih seronok sama ada menggunakan umpan hidup atau gewang maka tentu sajalah penggunaan gewang lebih menyeronokkan.
Penggunaan gewang juga dianggap lebih sportfishing. Cuma, jika anda memancing MJ untuk dijadikan sumber pendapatan atau sebagai keperluan makanan, maka disarankan gunalah umpan hidup.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...