SOALAN: Saya baru berjinak dengan hobi ini dan terus terang saya banyak perkara yang belum saya ketahui mengenai istilah rapala dan gewang. Apakah ia dan bagaimanakah rupa bentuknya?

JAWAPAN: Istilah bagi alatan yang digunakan di dalam sukan memancing amatlah banyak sekali, saya akan cuba kupaskan secara senang (basic) supaya korang dapat memahaminya.

RAPALA – Ia adalah jenama bagi pembuat gewang yang berasal dari Finland dan amat tersohor di seluruh dunia termasuk banyak digunakan oleh ramai pemancing di Malaysia sebagai nama sandaran kepada gewang yang kita panggil plug.

GEWANG – adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri. Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental. Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang di pecahkan kepada beberapa kategori iaitu:-

Ads

SPINNER BAIT –  Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).

PLUG – Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan dipermukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam kekedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.

Ads

SPOON – Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.

Ads

JIGGiNG lURE – Jig mempunyai pemberat pada badannya atau menpunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.

FLY – Fly adalah gewang kecil yang ringgan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.

SOFT PlASTIC – Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Pengunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI