Saya ingin membuat apollo sendiri. Boleh tak admin cadangkan apakah warna benang yang sesuai?
Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun?
JAWAPAN:
Tahniah kerana anda mempunyai minat membuat sendiri apollo yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pemancing.
Ads
Boleh dikatakan ramai pemancing lebih senang membelinya sahaja di kedai-kedai pancing. Malah admin sendiri pun tidak pernah melakukannya walaupun memiliki sedikit pengetahuan untuk melakukannya.
Namun tidak menghampakan semangat anda, admin akan berkongsi pengetahuan melakukan sendiri perambut apollo ini.
Pada pendapat admin, ada dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih.
Ads
Ini merupakan dua warna asas yang kebanyakkannya digunakan pada apollo yang dijual di kedai pancing.
Sementara mata kail yang kebanyakan diguna pakai ialah mata kail jenis batang atau teras panjang (long shank).
Ads
Saiz mata kail pula bergantung kepada jenis ikan yang ingin dipancing. Manakala jarak panjang perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm.
Sekiranya anda menghasilkan anak perambut sepanjang 8 sm maka jarak di antara anak perambut dengan anak perambut lainnya sekurang-kurangnya 16 sm bagi mengelak anak perambut bercantum antara satu sama lain.
Manakala untuk tali perambut yang digunakan untuk menghasilkan anak perambut apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun.
Atau anda boleh tentukan sendiri dengan syarat tali anak perambut mestilah lebih halus daripada tali perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya ingin tahu tali utama kasar ke halus yang memainkan peranan untuk dapatkan ikan?
Jawapan:
Soalan saudara sebenarnya agak umum untuk dijawab dengan setepatnya. Jika dijawab secara am, tentu saja tali halus lebih berpeluang untuk dapatkan ikan.
Tetapi jika sekadar untuk mendapatkan ikan ia tidak mendatangkan sebarang makna jika gagal mendaratkannya kerana kegagalan tali yang halus mengimbangi kekuatan ikan.
Di dalam memancing setiap alatan memainkan peranan tersendiri untuk berjaya mendaratkan ikan sasaran. Contohnya, tali utama pada gelendong kekili saudara adalah untuk membolehkan saudara menarik ikan dengan senang dan kuat.
Ini disebabkan ia adalah penyambung antara perambut, kekili serta gelendong kekili oleh demikian ia haruslah kasar dan kuat.
Walau bagaimana pun tali pada perambut juga penting sekali untuk menawan ikan. Ia harus kuat serta halus dengan ciri seperti ia tahan calar, kurang nampak atau bersinar semasa dalam air.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan ikan semua peralatan memainkan peranan bukan tertumpu kepada kehalusan tali sahaja. Apa yang penting adalah keseimbangan.
Namun tidak dinafikan tali yang halus ada kelebihannya tersendiri. Antaranya, ia dapat dimuatkan lebih panjang di dalam gelendung kekili dan mampu menghantar umpan lebih jauh dan lebih cepat ke sasaran berbanding tali yang lebih kasar.
Korang Tanya Umpan Jawab – Bangla (kekili elektrik) Yang Sesuai Untuk Laut Thailand?
SOALAN:
Saya nak tanya pendapat tuan. Tahun ini saya ada trip laut dalam di Thailand (Koh Adang). Persoalannya saya cuma ada Miya CX5. Adakah reel ini sudah memadai ataupun saya perlu cari reel yang lagi power macam MJ1200 atau BM9000?
JAWAPAN:
Saya pernah mengikuti trip laut dalam di dalam negara, Indonesia dan Thailand yang mana kedalamannya melebihi 100meter hingga 300 meter. Selain teknik jigging, saya turut mengamalkan pancingan dasar yang tentu saja menggunakan kekili elektrik.
Saya masih ingat satu trip di perairan Lucornia (kedalaman antara 150meter hingga 250meter) di mana ketika itu saya hanya menggunakan kekili Leobritz Bull 500. Dalam trip yang sama ada pemancing menggunakan Miya CX4 dan CX5, MJ 1200 dan juga BM9000. Dan kesemua kekili ini memainkan tugas tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Jika dibandingkan dengan kesemua kekili elektrik di atas, tentu saja kekili yang saya gunakan adalah siri yang paling kecil dan tidak setanding Miya CX5, MJ1200 atau BM9000.
Dari segi kepantasan menggulung tali sememangnya tidak mampu mengatasi kedua-dua kekili elektrik tersebut. Namun dari segi kuasa, ia tiada banyak beza. Malah dari satu aspek, Miya CX5 nyata lebih lasak.
Dalam dunia memancing ini kita sememangnya tidak dapat lari dari membahan dan dibahan. Saya faham situasi anda kerana menggunakan produk yang bukan tahap bangsawan.
Namun anda boleh menutup mulut mereka dengan menaikkan hasil tangkapan yang lebih berkualiti dan kuantiti.
Saya mula berminat memancing dengan teknik jigging sejak melihat video di Youtube dan TV. Tapi tak pernah dapat ikan dengan teknik itu.
Banyak barang untuk jigging saya beli dan mempraktikkan di laut, tapi tiada hasil. Saya kerap turun memancing di tempat saya di Kuantan.
Sedangkan bila menggunakan teknik bottom banyak ikan yang saya perolehi. Boleh bagi sedikit tunjuk ajar bagaimana nak mendapatkan ikan dengan teknik jigging.
JAWAPAN:
Teknik jigging merupakan teknik memancing yang biasa dilakukan di kedalaman sekitar 20 – 150 meter (kini menerusi teknik jigging perlahan sudah menjangkau kedalaman sehingga 400 meter).
Teknik jigging merupakan teknik memancing yang menggunakan metal jig yang dihulurkan ke dalam air dan mengerakkan nya secara vertikal di mana jig tersebut menyerupai ikan
yang sakit atau umpan yang berenang untuk menarik perhatian ikan predator untuk memakan nya.
Pemilihan jenis jig serta pergerakan amatlah penting sekiranya kita nak ikan menyambar jig kita, saya syorkan saudara menggunakan jig seberat 30 hingga 80 gram sekiranya memancing di kawasan perairan Kuantan.
Cuba menggunakan jig berbentuk ikan atau sotong dan sekiranya memancing pada waktu malam cuba cari jig yang lut sinar (luminous).
Pergerakan anda memainkan peranan yang penting, jig dengan pantas atau perlahan akan terpulang pada keadaan. Cuba dua cara iaitu cara pantas dan perlahan.
Apa yang penting adalah ketepatan Tekong bot melabuhkan bot di atas gerombolan ikan. Jangan putus asa kerana bukan senang untuk menipu ikan untuk makan umpan besi.
Untuk tip jigging selanjutnya anda boleh layari portal memancing di www.umpan.com.my
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...