Untuk memancing ikan-ikan sasaran sebagaimana yang dinyatakan, saya mencadangkan anda gunakan perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 30lb sepanjang 1 hingga 1.5 depa dan mata kail saiz 1/0- 2/0.
Umpan pula saya lebih sarankan udang hidup dan juga perumpun.
Namun, untuk memancing sasaran utama muara seperti siakap, saya menggalakan anda guna perambut dupont 30lb sepanjang satu depa dengan mata kail 2/0.
Ads
Umpan pula udang hidup atau ikan hidup. Sekiranya menggunakan umpan ikan hidup, sebaiknya ikan itu dicangkuk pada bahagian tengkuk ikan.
Sekiranya menggunakan udang hidup pula, cangkuklah pada bahagian ekor. Dan jika ingin menggunakan umpan ikan tamban segar, sebaiknya potonglah bahagian sirip ekor dan cangkuklah pada bahagian batang ekor.
Ads
Perambut dupont sangat sesuai untuk pancingan siakap kerana profil permukaan perambut itu keras dan kuat tanpa perlu menggunakan perambut dawai atau wayar.
Berbanding perambut fluorocarbon pula ia lebih elastik yang membolehkan umpan hidup bergerak lebih bebas dan tahan lama.
Ads
Kalau untuk pancingan semasa air berarus pula, amat disyorkan menggunakan teknik langsung tanpa pelampung. Sekiranya tiada arus barulah gunakan pelampung.
Namun, jika anda rajin bolehlah gunakan teknik casting. Teknik casting sebenarnya lebih mencabar dan menyeronokan bagi pancingan siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan paddlefish boleh membesar sehingga 1.5 meter (5 kaki) panjang dan berat sehingga 27 kilogram (60lb). Ikan ini mendapat nama mereka dari bentuk muncungnya seperti pendayung, yang digunakan untuk menggali tanah untuk mencari tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.
Taimen adalah spesies trout yang terdapat di Mongolia dan Rusia ini merupakan trout spesies besar. Mereka boleh tumbuh hampir 2.13 meter (7 kaki) panjang dan seberat 104 kg (230lb), namun disebabkan oleh penangkapan ikan berlebihan ia sukar untuk mencari spesimen sebesar ini lagi.
Arapaima tinggal di lembangan Sungai Amazon di Amerika Selatan dan boleh mencapai 2.4 meter (8 kaki) panjang dan seberat 150kg (330lb). Ia mampu hidup di dalam air yang tahap oksiden rendah kerana mampu bernafas melalui udara. Ia bermakna mereka pergi ke permukaan setiap 10 hingga 20 minit untuk menghirup udara.
Alligator gar atau ikan buaya adalah Ikan air tawar yang besar, mempunyai muncung yang panjang dan dua baris gigi tajam yang menjadikan ia kelihatan benar-benar menakutkan. Hakikatnya bahawa ia boleh mencapai 3 meter (10 kaki) panjang dan 149 kg (350lb) menjadikan ia lebih menakutkan walaupun tidak menyerang manusia.
Nile Perch boleh mencecah sehingga 1.8 meter (6 kaki) panjang dan boleh mencapai berat sehingga 227 kg (500lb). Mereka adalah pemburu agresif yang boleh didapati di tasik, kolam, sungai dan sungai-sungai di Rantau Ethiopia Afrika, Wilayah Mediterranean, Delta Nil dan di Lembangan Kongo.
Bull shark boleh hidup di air masin dan badan air tawar yang berhubung ke laut. Bull shark boleh didapati di Sungai Mississippi sepanjang jalan ke St. Louis, Sungai Amazon dan di Tasik Nicaragua. Jerung ini boleh mencapai 3.5 meter (11.5 kaki) panjang dan boleh mencapai berat lebih 227kg (500lb).
Mekong giant catfish atau patin mekong merupakan spesies ikan bermisai gergasi.Ia boleh membesar sehingga 3 meter (10 kaki) panjang dan berat melebihi 272 kg (600lb). Oleh kerana ikan ini amat besar dan nampaknya agak lazat, mereka telah ditangkap secara berlebihan dan terancam.
Giant freshwater stingray atau pari gergasi air tawar yang boleh ditemui di Thailand, Malaysia dan Borneo merupakan spesies pari air tawar terbesar di dunia. Ikan yang mendiami dasar sungai ini boleh mencapai 3 meter (10 kaki) panjang dan berat sehingga 590 kg (1300 lb). Bagaimanapun ia semakin pupus dan hanya boleh ditemui di Thailand.
White sturgeon atau sturgeon putih adalah ikan air tawar yang terbesar di Amerika Utara. Ia boleh mencapai 6.1 meter (20 kaki) panjang dan berat sehingga 680 kg (1500lb). Ikan prasejarah ini boleh hidup dalam air tawar atau air dan boleh didapati di Amerika Syarikat Barat dan Kanada.
Beluga sturgeon di Rusia adalah ikan air tawar terbesar di dunia. Ini ikan besar boleh mencapai lebih daripada 4.5 meter (15 kaki) panjang dan berat melebihi 1133 kg (2500lb). The terbesar dicatat sturgeon beluga hampir 6.1 meter (20 kaki) panjang dan lebih 3175 kg (7000lb). Ini ikan juga mempunyai jangka hayat yang panjang, hidup hingga 100 tahun ke atas.
Sebelum kita berangan nak tarik udang sado, sepit biru panjang sekaki ke… kita perlu memahami sifat, tabiat dan habitat udang galah yang ia hidup.
Udang galah hidup berkelompok dan selalunya terdapat di kawasan yang mempunyai reba atau struktur yang terdapat di dalam sungai. Memahami situasi sesuatu lubuk adalah perkara yang paling utama sebelum melabuhkan umpan.
Sekiranya arus air deras maka mereka akan berselindung di kawasan tepi dan semasa tiada arus atau arus perlahan mereka akan ke tengah sungai. Gagal memahami tabiat udang ini bakal menyebabkan kita rentung sepanjang hari.
Udang galah aktif apabila air sungai bersuhu suam dan akan kurang makan apabila air sungai sejuk atau terlampau tawar. Musim yang paling baik untuk memancing udang adalah pada musim panas atau kemarau.
Udang galah adalah haiwan jenis omnivor iaitu spesies yang makan serba-serbi yang dijumpainya. Bagi saya, umpan yang saya selalu gunakan adalah perumpun, cacing, isi ikan, jantung ayam yang dibakar sedikit dan dihiris.
isi ikan kembung, kulit ayam dan ikan longkang atau gapi yang ditangkap dan disimpan dalam bekas plastik selepas direnjis dengan sedikit belacan dan dibekukan selama sehari dua. Boleh dikatakan udang galah akan makan serba jenis benda yang berdaging yang berbau.
Untuk mata kail pula saya selalu menggunakan mata kail no 1 hingga 5 kerana saiz ini paling sesuai di mana adakala saya pakai jenis berduri (barb) dan ada masa jenis tidak berduri (barbless). Apa yang penting mata kail itu mestilah tajam.
Satu lagi tip yang saya hendak berikan adalah supaya menggunakan ‘burley’ atau rasuah untuk memikat udang datang. Caranya gunakan makanan kucing yang basah yang dijual di kedai di dalam tin ataupun paket. Saya akan membuatkan lubang pada tin atau paket dan meletaknya di bawah bot atau sampan.
Spoon lure atau gewang sesudu merupakan umpan tiruan atau gewang yang digunakan untuk menipu ikan-ikan pemangsa. Ia merupakan peralatan terminal yang wajib ada di dalam tackle box jika ingin memburu ikan pemangsa air tawar atau pun air masin.
Apa Yang Best
Pertamanya spoon ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Semurah RM3.00 hinggalah yang mahal RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda. Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasaran.
Bentuk spoon menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan. Kilatan pada spoon juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Fluttering atau gelekan spoon menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemanga walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan spoon adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Spoon biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster.
Apa Yang Tak Best
Oleh kerana spoon banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan spoon. Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Spoon adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya. Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.
Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga. Gelung mata kailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamat gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat spoon yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...