Fungsi kekili pada asasnya sama dalam pancingan iaitu ditugaskan untuk membantu pemancing mendaratkan ikan. Namun begitu, rekaan jenis kekili sudah pasti direka untuk pengkhususan tertentu.
Dalam soalan ini, kekili baitcaster sememangnya direka untuk padanan set khusus untuk teknik pancingan mengilat atau casting dengan memberi kelebihan ketika masa lontaran,
ketepatan, penggayaan gewang serta lain-lain lagi yang sememangnya diperlukan dalam teknik casting.
Sebaliknya, kekili spinning pula lebih sesuai untuk teknik bottom kerana keupayaan selain tidak terlalu teknikal.
Begitu pun, terdapat juga padanan set kekili spinning lebih digemari untuk dibuat set casting terutama ultralight fishing dek kerana keupayaan membuat lontaran menggunakan gewang mikro atau umpan tiruan yang ringan.
Secara kasarnya, kekili spinning lebih mudah digunakan manakala pengendalian kekili baitcaster pula lebih teknikal.
Adapun, lebih baik menggunakan pilihan kekili anda dengan teknik yang dikhususkan untuk ketahanan jangka masa panjang.
Contohnya, boleh sahaja menggunakan set baitcasting untuk bottom fishing, namun tidak praktikal dan risiko kerosakan mungkin berlaku sama ada pada kekili atau backbone rod anda.