SOALAN:

Boleh dikatakan saya masih baru memulakan hobi memancing di kolam air masin. Saya menggunakan udang hidup dicangkuk di bahagian ekor dan menggunakan pelampung.

Apabila pelampung tenggelam, saya terus menggulung tali dengan perlahan. Apabila tangsi tegang sedikit saya terus membuat sentapan. Tetapi malangnya mata kail terlucut.

Boleh tak admin beritahu di mana salah dan silap saya dan terangkan teknik memancing ikan kolam air masin dengan betul?

 

Ads

JAWAPAN:

Teknik memancing di kolam air masin sebenarnya hampir sama saja dengan memancing ikan liar di muara atau laut. Yang membezakannya hanya setting peralatan yang digunakan.

 

Melakukan sentapan balas sejurus ikan menyambar umpan adalah satu tindakan yang kurang tepat.

Ads

Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan dikemam ikan seketika. Apabila tali pancing menegang dan keluar dari spool menandakan umpan mula ditelan dan dilarikan ikan buat seketika, barulah dilakukan sentapan balas.

 

Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada:

– Saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut siakap. Saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.

Ads

– Mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram.

– Mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.

– Terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.

– Teknik pasang umpan. Jika cangkuk di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI