SOALAN:
Saya sekadar ingin bertanya pendapat dari admin… jika kita ingin memotong duri sengat ikan berbisa seperti duri, sembilang dan sebagainya lagi, sebanyak makna duri sengat itu perlu dipotong?
JAWAPAN:
Pendapat saya, perkara yang menjadi kemestian kepada kepada pemancing yang ingin membawa pulang hasil tangkapan daripada memancing sama ada dari sungai, paya, tasik
atau laut yang membawa spesies ikan berduri bisa hendaklah terlebih dulu dipotong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
Ia sebaiknya dipotong sehingga tahap maksimum. Bukan sekadar pada hujungnya saja. Sebaliknya jika ingin dilepaskan kembali, janganlah pula berbuat demikian kerana ia
merupakan senjata utama ikan tersebut untuk mempertahankan diri dan juga memburu makanan.
Sebagaimana yang diketahui, duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.
Pemancing kadang-kadang terlupa untuk mematahkan sengat spesies seperti baung, keli, sembilang, duri atau lain ikan yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.
Pemancing pasti tidak mahu isteri dan anak-anak yang bakal jadi mangsa dari kecuaian sendiri atau anda sendiri yang bakal menentukan sekali lagi semasa tiba di rumah dan
bukan menyerahkan kepada isteri atau memberikan anak-anak bermain dengan ikan-ikan berkenaan dalam coldbox yang belum diusik.
Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.