Korang Tanya Umpan Jawab -S10S23- Rawat Tali Pancing??

Share

 

SOALAN:

 

Boleh tak kalau kita letak minyak (minyak pelincir) pada tali braided? Bukan apa… ada la member yang cakap kalau nak bagi tali braided ni tahan lama dan kuat, elok sapukan minyak. Lebih-lebih lagi kalau memancing laut dalam.

 

JAWAPAN:

 

Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulaman kerana beberapa perkara.

Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.

 

Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.

Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.

 

Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut.

Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.

 

Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan.

Ia bertujuan bagi tali digunakan semaksimum yang mungkin.

 

Seperkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.

 

Published by
Amang