Boleh tak kalau kita letak minyak (minyak pelincir) pada tali braided? Bukan apa… ada la member yang cakap kalau nak bagi tali braided ni tahan lama dan kuat, elok sapukan minyak. Lebih-lebih lagi kalau memancing laut dalam.
JAWAPAN:
Ads
Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulaman kerana beberapa perkara.
Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.
Ads
Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut.
Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Ads
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan.
Ia bertujuan bagi tali digunakan semaksimum yang mungkin.
Seperkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kehidupan di bandar raya sememangnya diakui penuh kesibukan. Detik yang berlalu seolah sangat pantas menandakan betapa sibuk dan lajunya perjalanan hidup di bandar. Bagi mereka yang inginkan hentian untuk bernafas dan mencari ketenangan, apa kata anda berkunjung ke sukasuka lake retreat yang terletak di lenggong, perak.
Suka-Suka Lake Retreat merupakan sebuah homestay dengan konsep yang sangat unik. Terletak di Kampung Kelantan, Lenggong, Perak, homestay ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencari ketenangan selain lari dari kesibukan kota.
Kunjungan anda ke sini akan dilayan sebaik mungkin oleh pemilik homestay ini iaitu Aziz Abd Manaf atau mesra disapa Pak Aziz. Pak Aziz sangatlah peramah dan tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja cerita berkaitan homestay selain memberikan layanan terbaik sepanjang kunjungan anda ke sini.
Tarikan Konsep Luar Bandar
Menurut Pak Aziz, Sukasuka Lake Retreat pada asalnya bermula sekitar tahun 1995 disalah sebuah tanah pulau di Tasik Raban. Setelah lebih sedekad beroperasi di pulau, Pak Aziz akhirnya membuat keputusan untuk lebih menumpukan operasi homestay di tanah besar atau mainland sekitar tahun 2009 sehingga sekarang bersama isterinya iaitu Kak Asiah dan anak bongsunya, Azam.
Pak Aziz sempat berkongsi cerita berkaitan konsep homestay ini. Konsep utama di Sukasuka Lake Retreat ialah menjadikannya lokasi untuk berkongsi cara hidup di luar bandar serta lari daripada kesibukan. Malah, menurut Pak Aziz lagi, perkataan`retreat` itu sendiri memberi maksud lari dari kesibukan.
Selain itu, antara keunikan yang akan anda lihat jika berkunjung ke sini ialah keadaan dan bentuk binaan rumah yang ada di sini. Rumah yang terdapat di sini merupakan rumah asal di mana ia mengekalkan ciri-ciri keaslian binaan tradisional asal rumah.
Menurut Pak Aziz, rumah di sini datangnya dari Sayong, Lenggong, Parit, Kati, Selama dan Bukit Gantang. Selain mengekalkan binaan tradisional, Pak Aziz turut melakukan sedikit pengubahsuaian untuk keselesaan pengunjung seperti ruang mandi yang dilengkapi mandian air panas.
Keunikan yang terdapat di sini juga sering menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Kunjungan pelancong terutama dari luar negara sudah pasti untuk merasai suasana kehidupan tradisional masyarakat di sini. Mereka akan diajar makan menggunakan tangan, bermain permainan tradisional seperti congkak, memasak serta berjalan menjelajah kampung berdekatan.
Lokasi Di Tasik Raban
Lokasi Sukasuka Lake Retreat yang terletak di Tasik Raban juga sering menggamit kedatangan pelancong dalam negara termasuklah kaki pancing. Bagi kaki pancing, di sini merupakan antara lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil melakukan aktiviti memancing.
Kebelakangan ini, Tasik Raban cukup terkenal dengan spesies pendatang iaitu peacock bass dan saiznya juga mampu mencapai sehingga 48cm panjang. Selain daripada peacock bass, spesies tempatan lain juga masih boleh didapati di sini seperti toman, sebarau, tengalan dan belida walaupun mungkin populasi spesies tempatan agak berkurangan berbanding masa lepas.
Bagi yang mahu menjalankan aktiviti rekreasi air pula, anda boleh memilih untuk menginap di pulau dan melakukan aktiviti berkayak atau kayak fishing. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan atau team building di pulau yang dikelilingi oleh air Tasik Raban ini kerana pulau ini mampu memuatkan sehingga 20-25 orang dalam satu masa.
Menurut Pak Aziz, sambutan dan maklum balas yang diterima oleh pengunjung yang pernah datang ke sini cukup menggalakkan. Malah, untuk rekod, terdapat pengunjung yang telah datang kembali ke sini sebanyak 66 kali.
Bagi pengunjung dari luar negara, homestay milik Pak Aziz ini telah menyambut kedatangan pelancong asing dari 117 buah negara berlainan. Ini menunjukkan betapa Sukasuka Lake Retreat merupakan hentian untuk lari dari kesibukan yang pasti akan menggamit anda untuk kembali ke sini.
Cara menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan dengan menggunakan air cucian beras sama kaedahnya dengan susu. Rendam ikan haruan dalam air beras sekitar 15 minit, namun jika bau hanyir yang masih terasa maka anda perlu merendamnya lebih lama lagi.
Dari dulu hingga sekarang susu dari dulu sampai sekarang digunakan manusia yang dapat diolah menjadi pelbagai jenis makanan atau minuman yang sangat lazat. Teryata susu juga dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar khususnya ikan haruan.
Cara penggunaan susu untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan adalah dengan merendam ketulan ikan haruan yang akan dimasak ke dalam larutan susu segar atau susu UHT.
Untuk mendapatkan hasil yang optimal, rendam ikan haruan sekitar 10 menit atau sampai bau hanyir pada ikan haruan mulai pudar.
Anda boleh gunakan beberapa biji limau nipis dengan membelahnya menjadi dua kemudian perah limau nipis tadi ke atas beberapa ikan yang akan dimasak.
Sapukan perahan limau nipis dengan sekata agar bau hanyir ikan menghilang. Tunggu beberapa minit dan cuci ikan agar hilang perahan limau nipis hilang. Setelah itu gosok badan ikan dengan daun limau nipis.
Daun limau nipis memiliki aroma yang wangi menyegarkan, wangi ini dapat kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.
Bahan selanjutnya yang wajib anda cuba adalah cuka makan. Cara penggunaan cuka sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah.
Hal yang harus dipersiapkan terlebih dahulu adalah siapkan ikan air tawar berupa ikan haruan yang sudah dibersihkan. Letak ikan ke dalam ekas dan kemudian titiskan cuka dengan sekata pada seluruh bahagian ikan agar bau hanyir dapat segera hilang.
Tunggu beberapa minit dan cuci ikan untuk membersihkan cuka yang masih melekat.
Banyak khasiat dan manfaat asam Jawa yang patut kita banggakan, salah satunya adalah dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan.
Caranya sangat mudah dan praktikal, kita hanya perlu larutkan beberapa butir asam Jawa ke dalam air kemudian air larutan tadi kita gunakan untuk merendam ikan yang akan kita hilangkan bau hanyir.
Halia juga boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar mahupun ikan air masin.
Selain murah halia juga mudah didapati, penggunaan halia untuk menghilangkan bau hanyir adalah dengan menghaluskan beberapa ketul halia dengan menggunakan blender atau menggunakan lesung batu.
Setelah halus sapukan secara sekata pada bahagian ikan sampai perut bahagian dalamnya. Tunggu beberapa minit dan ikan siap dimasak.
Cara menggunakan kunyit sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah dan efisien. Caranya haluskan terlebih dahulu kemudian oleskan dan taburkan secara merata. Tunggu beberapa minit dan ikan siap diolah menjadi hidangan yang lazat dan untuk dinikmati.
Betul ke ikan sembilang dan ikan gemang tu ikan yang sama? Atau lain-lain spesies? Boleh tak admin buat pencerahan sikit.
JAWAPAN:
Terdapat kekeliruan antara sembilang dan gemang namun berdasarkan buku rujukan ikan tempatan, sembilang dan gemang adalah spesies yang sama iaitu Plotosus canius Dalam kekeliruan ini ada yang mengatakan gemang adalah nama khas buat sembilang yang besar. Sebagaimana senangin menjadi gubal atau kurau membesar menjadi senohong.
Namun kenyataan ini disangkal sama sekali oleh pemancing yang arif tentang kedua-dua jenis ikan tersebut. Menurut mereka, sembilang dan gemang adalah spesies berlainan biarpun habitat dan tabiatnya serupa.
Bentuk fizikalnya memang sama tetapi jika diperhati dengan teliti, terdapat perbezaan jelas di antara kedua-duanya iaitu dari segi bentuk kepala dan warna.
Kepala gemang lebih besar dan leper termasuklah bukaan lebar mulutnya, tetapi sembilang berkepala kecil. Warna badan sembilang pula lebih gelap berbanding gemang.
Andaian ini sukar dibuktikan selagi kita tidak memperoleh sembilang dan gemang yang sama saiznya untuk dibuat perbandingan.
Sekiranya benar, kajian lebih mendalam harus dilaksanakan oleh para pengkaji ikan tanah air bagi mendedahkan siapa sebenarnya gemang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...