Korang Tanya Umpan Jawab -S10S19- Guna SP atas bot?

Share

 

SOALAN:

Boleh tak kalau kita nak guna soft plastic (SP) sebagai ganti gewang kalau kita casting dengan menggunakan sampan atau bot?

 

JAWAPAN:

Tidak dinafikan soft plastic (SP) banyak diaplikasikan dari tebing berbatu di kawasan persisiran pantai dan juga bagi pancingan air tawar yang pelbagai.

Namun pendekatan SP bagi kawasan yang lebih dalam memerlukan teknik yang sedikit berbeza.

 

Teknik penggunaan SP pada umumnya cukup berbeza berbanding gewang-gewang yang keras.

Faktor kelembutan dan aksinya di dalam air menyebabkan pendekatan berbeza ini akan memberikan hasil yang lebih lumayan.

Kelembutan SP menyebabkan ikan sukar memuntahkannya semula apabila cuba menangkapnya dengan mulut.

 

Faktor bau dan perisa turut membantu ikan cuba memakan SP. Menurut kajian, 90% ikan pemangsa akan cuba menyerang atau menangkap SP yang digunakan ketika ia sedang jatuh ke dasar.

Oleh sebab itu, persembahan yang agak realistik dengan jatuhan semula jadi lebih memberikan hasil yang baik, berbanding jatuhan yang agak laju sekiranya pemberat yang kurang sesuai digunakan.

 

Bagi keas pancingan dari kedalaman 10-15 meter (masih lagi cetek secara perbandingannya), pemberat adalah perlu untuk memastikan SP dapat jatuh ke dasar dan tidak dihanyutkan arus.

Jatuhan semulajadi tanpa pemberat adalah terlalu perlahan bagi kedalaman sebegini.

 

Namun pemberat yang keterlaluan akan menyebabkan SP tenggelam seperti seketul batu dan kemungkinan besar tidak akan menarik perhatian ikan.

Penggunaan SP yang besar dan pemberat (contohnya jighead) dapat membantu persembahan jatuhan yang agak semulajadi yang mungkin dapat menarik selera ikan.

 

Published by
Amang