Saya dapati kebanyakan orang jigging dan bottom ikan jenahak. Boleh tak ikan jenahak ni dipancing dengan kaedah casting atau mengilat menggunakan gewang?
JAWAPAN:
Tentu sahaja boleh! Sebagaimana ikan siakap, siakap merah dan kerapu, ikan jenahak juga boleh dipancing dengan kaedah casting menggunakan gewang.
Ads
Bagaimanapun, teknik ia hanya sesuai di kawasan air cetek (kedalaman kurang kira-kira 14 meter) dengan kadar penglihatan dalam air yang baik.
Antara kawasan air cetek yang sesuai untuk aktiviti mengilat adalah muara sungai, tepian pulau berbatu, reba dan kawasan tukun persisiran pantai cetek.
Ads
Pada hemat penulis, mengilat ikan jenis gred A lebih berjaya di kawasan yang jarang dikunjungi pemancing.
Gewang untuk kegunaan mengilat perlu diselaraskan mengikut kedalaman air kawasan sekitar.
Jenahak disifatkan ikan demersal atau pemangsa dasar. Jadi, gewang perlu berenang jauh ke dasar bagi menarik minat jenahak untuk menyambarnya.
Ads
Kini pemancing lebih menjurus menggunakan kepingan besi (jig) kerana keupayaannya meneroka di kawasan air yang lebih dalam.
Jenahak yang besar gemar mendiami atau bersembunyi kawasan air dalam. Jig berbanding gewang ia dapat memberi persembahan yang lebih unik.
Keunikan jig ialah ia boleh digunakan sama ada siang dan malam tidak kira air besar, air mati, arus perlahan, arus laju semua tidak memberi masalah kepada penggemar jig. Namun jenis dan saiz jig mestilah bersesuaian.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Soalan ini mengingatkan saya pengalaman memancing di One Phantom Bank di mana ketinggiannya melebihi 5 meter. Oleh yang demikian teknik pancingan hampir sama saja dengan memancing di atas kapal yang tingginya 5 meter.
Joran yang sesuai digunakan sebaiknya joran panjang melebihi 8 kaki dengan aksi berat. Joran yang panjang member kelebihan apabila ikan yang dipancing bertindak berenang ke bawah kapal. Joran panjang mampu mengekang larian ikan berbanding joran yang lebih pendek.
Namun, penggunaan joran panjang perlulah juga disepadankan dengan pemilihan tali pancing yang betul. Sebaiknya gunalah tali tangsi atau mono berbanding tali sulam atau braided. Tali mono lebih tahan geseran berbanding tali sulam.
Perkara ini penting kerana kita perlu mengambil kira keadaan badan kapal di alam air yang lazimnya dipenuhi teritip tajam. Apabila ikan berenang ke bawah kapal dan dengan mudah tali sulam air putus apabila bergesel dengan badan kapal. Sebaliknya tali mono lebih tahan. Dan perlu juga guna tali mono berkuatan sekurang-kurangnya 30lb.
Setting peralatan begini juga membolehkan ikan yang dipancing dinaikkan ke kapal dengan selamat. Tetapi jika ikan yang diperoleh bersaiz besar, anda perlu menggunakan alat tambahan.
Biasanya saya menggunakan tali yang diikatkan mata tiga bersaiz besar yang berfungsi sebagai penyangkok. Ikan tersebut perlulah dilayan sehingga letih, kemudian barulah diturunkan tali bermata kail itu untuk menyangkoknya.
Tumpang tanya sikit tuan admin. Boleh tak tuan admin cadangkan set peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan dalam teknik casting tenggiri. Saya tak biasa sangat main casting tenggiri jadi kurang tahu untuk dapat setup terbaik. Terima kasih tuan admin!
JAWAPAN:
Timbul persoalan apakah kekili dan joran yang sesuai untuk casting tenggiri? Ini persoalan yang agak asas kerana tidak semua kekili dan joran sesuai digunakan untuk teknik ini.
Seeloknya peralatan casting kelas ringan sahaja digunakan. Tidak kiralah set pancing mahal atau murah. ini kerana kekuatan tenggiri terletak pada pecutannya dan cara larian tenggiri yang akan menghadap ke arah pemancing… tidak seperti GT yang mempunyai stamina dan kedegilan untuk memalingkan kepala ke arah pemancing.
Disebabkan itu saya lebih suka menyarankan penggunaan peralatan casting kolam, asalkan ia sesuai dan boleh memuatkan tali yang lebih panjang. Maklumlah tenggiri kadangkala kuat melawan dan berupaya menarik tali sejauh berpuluh meter sebelum berpusing semula ke arah kita.
Joran yang sesuai untuk casting tenggiri pula mestilah panjang sekitar 6 hingga 7 kaki, ringan dan tidak terlalu keras. Ini untuk memudahkan lontaran dibuat dan memastikan umpan jatuh tepat ke kawasan yang dilalui tenggiri. Reel jenis saltwater dan ratio tinggi adalah sangat disarankan.
Mohon admin beri info sikit jenis gewang yang sesuai untuk casting dan trolling ikan tapah. Saya dah lama mengidam nak dapat ikan tapah ni.
JAWAPAN:
Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
Walaubagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...