Soalan:
Apa hukumnya jika kita menjemput rakan-rakan dari kalangan bukan beragama Islam ke majlis berbuka puasa bersama-sama?
Jawapan:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah, ayat 8).
➡ Hukum menjemput bukan Islam atau non-Muslim ke majlis berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam.
Dalam pada itu, lokasi berbuka puasa yang dipilih dan pakaian yang dikenakan haruslah bersesuaian.
Manakala adab-adab berbuka puasa haruslah dijaga dan dipatuhi.
(Jawapan dari: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah persekutuan)