Foto: Ten Cgo Street Caster

 

 

Pemancing ni memang ada pelbagai ragam. Ada yang sembang kencang tapi macam tong kosong. Ada juga yang kaki gebang tapi bukan sembang kosong.

Contohnya macam member anda itulah. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tabiat pemakanan ikan puyu pasti menganggap ia hanya sembang bikin bimbang.

 

Untuk mengetahui kebenaran di sebalik kenyataan member anda memperoleh ikan puyu dengan teknik casting menggunakan gewang itu, kita mestilah melakukan sedikit kajian tentang diet ikan puyu.

Ikan puyu ialah haiwan maserba. Maserba membawa erti ikan puyu memakan hampir apa saja makanan.

Ads

 

Di habitat asalnya, selain menjadikan tumbuhan akuatik, ikan puyu turut memakan serangga kecil atau moluska.

Malah, dalam keadaan terdesak ikan puyu turut bertindak karnibal dengan memakan sesama spesies untuk kelangsungan hidup.

 

Ads

Atau dalam erti kata lainnya, apa saja gewang yang menyerupai diet pemakanan puyu yang melintas di hadapannya, berkemungkinan besar ia akan menyambarnya.

Secara peribadi pula saya tidak pernah casting puyu secara khusus tetapi pernah memperoleh puyu ketika casting haruan.

Tidak pasti ia secara kebetulan atau tidak, puyu berkenaan benar-benar menyambar sesudu yang digunakan.

 

Ads

Malah saya pernah juga melihat rakan memperoleh puyu dengan menggunakan gewang mikro dan terbaru, umpan katak yang digunakan oleh seorang rakan untuk casting haruan turut sama berjaya mendaratkan seekor puyu yang agak besar saiznya.

baca juga beza puyu jantan dan betina

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI