Apa yang berlaku kepada saudara ini melibatkan beberapa perkara tetapi perkara utama ialah soal panjang pendek tanduk dan perambut yang digunakan dan keduanya ialah kelajuan melepaskan umpan ke dasar atau kelajuan tali utama yang keluar dari kekili.
Berkaitan dengan jenis tanduk, jika lubuk dalam dan keadaan air itu laju, mungkin tanduk pendek sudah memadai, kerana tak ramai sukakan tanduk yang panjang sedepa.
Tapi jika arus mati dan lubuk pula dalam, maka tanduk yang panjang digalakkan seafdalnya separuh depa.
Ads
Ini bertujuan mengelakkan air mati merangsang terjadinya kes-kes umpan panjat pokok terutamanya jika kita melepaskan tali utama dengan kadar yang begitu cepat.
Ads
Begitu juga dengan halnya tali perambut panjang pendek. Namun yang lebih penting adalah cara melepaskan umpan.
Sebaiknya kita perhatikan dahulu keadaan perambut di dalam air. Apabila melihat keadaan perambut membuat mengikut arus barulah kita lepaskan tali utama dengan tempo yang sepadan.
Ads
Untuk mengurangkan risiko perambut berbelit dengan tali utama atau panjat pokok ini disarankan juga anda menggunakan perambut kejutan atau shock leader yang disambungkan pada tali utama (tali sulam) kira-kira 3-5 meter.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Trolling skirt atau skirt tundaan merupakan umpan tiruan atau gewang utama untuk memikat ikan berparuh yang diguna pakai oleh pemancing di seluruh dunia. Berikut merupakan gewang terbaik untuk menunda ikan berparuh serta pelbagai spesies tuna.
Pakula Lumo Sprocket
Pakula Sprocket adalah legenda. Daya tarik yang panjang, terutama dalam warna Lumo, telah menyumbang banyak tangkapan dan ikan terbesar dalam pertandingan. Aksi renangnya yang hebat bekerja di semua kondisi dengan kelajuan trolling tanpa had. Jangan meninggalkan rumah tanpa Sprocket Lumo!
Moldcraft Wide Range
Gewang yang luar biasa mendaratkan marlin 1,742 lb serta rekod dunia class line 80 lb, marlin biru 1,189 lb. Standard Range Wide Range memiliki beberapa catatan rekod mendaratkan tuna. Wide Range bertanggung jawab untuk memecahkan rekod blue marlin di Venezuela, Puerto Rico dan Afrika. Di Hawaii, itu adalah salah satu kegemaran pemancing. Profil kepala yang lebih besar dan daya pikat yang lebih stabil pada kecepatan tinggi dan air yang bergelombang.
Mold Craft Super Chugger
Skirt pemikat ini telah menghasilkan Blue Marlin IGFA World Record 1,402lbs. Ditangkap oleh Paulo Roberto Amorin dari Brasil pada 29 Februari 1992. Catatan ini belum dipecahkan. Super Chugger Lure memiliki kepala cengkung yang dalam dan tubuh meruncing yang lebih panjang, lebih berat, dan terbalik daripada Tsunami Chugger asli. Penambahbaikan ini membuat ia berjalan dengan baik dalam kondisi air yang tenang dan kasar. Ia dapat dikendalikan antara 6 dan 14 knot.
Tournament Tackle Ilander Lure
Salah satu gewang skirt trolling terbaik yang pernah dihasilkan. Ilander memiliki penampilan dan gerakan alami yang menarik semua spesies ikan buruan. Pembinaan hollow head yang unik membolehkan anda menyambungnya dengan terminal tackle lebih sempurna untuk peratus strike yang lebih tinggi.
Copa Fishing Lures Tado
Steve Coggin adalah master rekaan dan pemancing handalan. Ia menghasilkan gewang buatan tangannya sendiri. Setiap umpan dihasilkan dengan sempurna dan diposisikan dengan penuh hati-hati untuk memberikan refleksi maksimum dan membuatnya tak tertahankan untuk marlin, mahi-mahi dan tuna di seluruh dunia.
Joe Yee Super Plunger
Joe Yee Super Plunger adalah gewang hebat yang telah menangkap lebih banyak Marlin. Banyak marlin yang berjaya ditumpaskan olehnya dalam sejarah sukan memancing.
Marlin Magic Ruckus
Marlin Magic Grander Ruckus, versi yang lebih besar dari Ruckus yang terkenal. Daya pikat ini bekerja sangat baik ketika berlari di sudut pendek, sudut panjang, dan posisi rigger panjang. Panjangnya sekitar 15 inci, paling ngam dengan mata kail 12/0.
Black Bart 1656
Black Bart 1656 hadir dengan dukungan kuat dari legenda Bart Miller, “Jika aku hanya boleh menggunakan satu umpan untuk sisa hidupku, inilah dia!”
Bob Schneider Yap
Bob Schneider Yap adalah hasil perintis gewang terkemuka sejak lebih 40 tahun yang lalu. Sehingga ini gewang rekaannya terus berjaya memikat ribuan ikan berparuh di serata dunia.
Untuk pengetahuan admin, saya ni kaki bottom sedangkan ebek selalunya naik kalau kita jigging. Pada pendapat admin boleh tak kita pancing ebek selain jigging?
JAWAPAN:
Ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas. Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang.
Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun. Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang.
Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air.
Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Dan untuk pengetahuan anda, jigging merupakan teknik pancingan moden. Sebelum adanya teknik jigging, ebek diburu dengan teknik pancingan bottom khususnya berumpankan udang. Dan ia masih banyak diamalkan sehingga kini walaupun dalam trip jigging.
Boleh… sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengasingkan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spesifikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...