Korang Tanya Umpan Jawab – Mancing toman guna anak itik?!

Share

 

SOALAN:

Saya pernah dengar ada orang bercerita memancing ikan toman menggunakan anak itik… betul ke bohong min?

Kalau betul… boleh tak beritahu cara-caranya. Hehehe… asyik kumpau je main toman ni min.

 

baca juga 10 spesies toman

 

JAWAPAN:

Apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Jika melihat pada diet ikan toman, apa saja haiwan bersaiz kecil yang jatuh atau berenang di permukaan air akan dilihat sebagai makanan bagi toman.

 

Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan. Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.

 

Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman.

Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.

 

Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau

haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.

 

Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.

Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.

 

baca juga gewang killer main toman

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang