Korang Tanya Umpan Jawab – Kesan Perubahan Warna Air Ketika Memancing?
SOALAN:
Saya atau admin sendiri pernah mengalami situasi di mana para tekong akan menyalahkan perubahan keadaan air yang menjadi keruh apabila sesebuah trip memancing itu gagal.
Jadi, persoalan saya ialah… betul ke faktor perubahan air (dari keruh menjadi jernih atau dari jernih menjadi keruh) akan mempengaruhi tabiat ikan, sekali gus menjejaskan hasil tangkapan di sungai atau pun laut?
Ads
JAWAPAN:
Pada asasnya perubahan warna air tidak mempengaruhi sifat ikan dan hasil tangkapan secara total. Bagaimana pun sedikit sebanyak ia mempengaruhi beberapa jenis ikan serta cara kita memancingnya.
Ads
Sebagai contoh, jika ikan sasaran yang kita pancing ialah ikan sebarau dan tiba-tiba arus membawa air keruh ke kawasan kita memancing, maka sekiranya pada masa itu kita mengguna gewang yang berkilau, kilauan yang menjadi tarikan pada sebarau tidak dapat dilihat dengan baik oleh ikan tersebut disebabkan oleh air yang keruh.
Jadi kita perlulah menukar gewang ke gewang yang akan menarik perhatian ikan tersebut seperti gewang popper atau gewang yang mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian ikan tersebut.
Ads
Pada amnya sekiranya air bertukar menjadi keruh maka ikan bersesungut atau catfish (seperti ikan baung, keli, sembilang) akan aktif di mana ia menggunakan deria tersebut untuk mencari makanan dengan menghidu makanan sebab deria penglihatan ikan sedikit terjejas disebabkan air keruh.
Sebenarnya, hasil tangkapan yang berkurang bukanlah disebabkan kekeruhan air, sebaliknya disebabkan penurunan suhu air. Disebabkan hujan atau perubahan cuaca (sama ada panas atau sejuk secara mengejut) ia akan mempengaruhi aktiviti ikan. Bila ikan menjadi tidak aktif secara tidak langsung ia tidak buka mulut atau mencari makanan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin beritahu musim yang paling sesuai untuk memancing ikan patin. Satu lagi, mana lebih bagus untuk memancing ikan patin, waktu siang atau malam?
JAWAPAN:
Sebenarnya tiada musim khusus untuk memancing ikan patin. Anda boleh memancingnya setiap hari tanpa mengira musim kemarau atau tengkujuh. Namun untuk hasil pancingan yang lebih bagus, anda perlu cuba memancing musim hujan tiba atau tengkujuh.
Ketika inilah ikan patin akan lebih mudah dipancing kerana populasi lebih banyak dan menyebar ke semua penjuru sungai. Namun kalian juga tetap boleh memancing ikan patin pada musim kemarau jika mengetahui lubuk-lubuk yang berpotensi untuk melabuhkan umpan.
Berkenaan waktu yang lebih sesuai untuk memancing pula, waktu malam adalah lebih berpeluang. Ini kerana ikan patin termasuk ikan nocturnal (lebih aktif pada malam hari). Jadi, ia sudah cukup jelas bahawa malam hari lebih efektif untuk memancing.
Namun garis panduan tersebut hanya berlaku untuk ikan patin liar saja. Berbeza dengan ikan patin kolam yang sudah beradaptasi dan memang sudah terbiasa diberi makan pada siang hari.
Untuk rekod saiz tangkapan pula waktu malam lebih baik. Kebanyakan ikan patin bersaiz besar sering dinaikkan pada waktu malam sama ada di habitat liar mahupun di kolam pancing.
Boleh tak admin beri sedikit tip bagaimana nak casting ikan bulan dan bandang? Saya dah beberapa kali try casting guna popper dan SP tapi langsung tak usik.
JAWAPAN:
Ikan bulan (tarpon) dan bandang (ladyfish) mempunyai satu persamaan iaitu aksi akrobatik ketika bertarung dalam usaha menanggalkan mata kail yang tertancap dalam mulut. Aksi inilah yang sebenarnya membuatkan pemancing berasa seronok untuk casting spesies ini.
Bagi kedua-dua spesies ikan ini, ia boleh dipancing dengan kaedah konvensional iaitu menggunakan umpan (ikan kecil atau udang hidup) dan juga teknik moden iaitu teknik mengilat atau casting. Walau bagaimana pun teknik mengilat lebih disukai oleh pemancing masa kini.
Bagi teknik mengilat, kebanyakan kaki pancing akan menggunakan gewang mikro atau bersaiz kecil. Mungkin korang boleh cuba gunakan gewang minnow, mini popper atau spinnerbait.
Sebaik-baik gewang ialah gewang yang menyamai saiz diet spesies tersebut. Boleh juga gunakan gewang bersaiz besar tetapi potensinya mungkin tidak sebagus gewang-gewang kecil dan persembahkan gewang dengan pelbagai cara untuk memujuk ikan ini membaham gewang.
Selain gewang, umpan tiruan yang efektif ialah soft plastic dan micro jig. Anda boleh menggayakan soft plastic dengan cara karau, henti seketika, karau dan henti. Selain itu anda juga boleh cuba gunakan teknik jerk dalam persembahan soft plastic.
Begitu juga dengan teknik menggunakan mikro jig. Anda boleh pelbagai teknik sehinggalah spesies tersebut membaham gewang. Pokok pangkalnya mestilah rajin dan tidak berputus asa.
Penggunaan mata kail pula sebaiknya gunakan mata kail yang halus terasnya dan tajam. Tak perlu mata kail yang tebal dan kuat kerana apa yang penting mata kail tersebut dapat menembus pipi rahang spesies ini yang agak keras, tidak kiralah sama ada mata kail tunggal atau mata tiga.
Benarkah tali sulam (braided) tidak sesuai untuk pancingan dasar di laut kerana membuatkan ikan menjadi culas disebabkan bunyi berdengung di dalam air?
JAWAPAN:
Sama sekali tidak benar. Saya rasa penggunaan tali sulam amat sesuai dalam pancingan dasar di laut dan bunyi yang dikeluarkan tidak ada kesan pada ikan.
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar.
Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pergunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...