Saya berminat untuk memiliki bot dan anggaran kos yang mampu saya beli adalah sekitar RM3,000 termasuk sampan dan enjin sangkut. Keperluan ini hanya untuk memenuhi minat memancing di lombong atau tasik dan mudah disimpan dan digunakan.
JAWAPAN:
Terdapat banyak model sampan dan enjin sangkut dari pelbagai pengeluar termasuk model berharga ekonomi dari negara Korea dan China. Dengan kos yang saudara berikan saya akan pecahkan kepada dua pembelian sampan dan juga enjin. Kesesuaian penyimpanan dan mudah dialihkan mengikut kehendak pemancing.
Ads
Sampan yang sesuai untuk dibawa di atas bumbung kereta bersaiz 12 atau 13 kaki dengan lebar lebih kurang 4 kaki. Namun bagi bot fiber yang bersaiz 10 kaki dengan kelebaran 3 kaki 10 inci juga sesuai untuk dibawa di atas bumbung kereta dengan menggunakan “roofrack”. Harga bot fiber ini di antara RM750 hingga RM1,200 mengikut model dan pengeluar sampan.
Ads
Enjin sangkut yang sesuai perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan kuasanya mampu menggerakkan sampan di kawasan padang pancing. Bagi penggunaan di lombong atau tasik, Kuasa kuda (hp) hanya memainkan peranan untuk bergerak pantas ketika menukar lubuk ketika memancing atau mengejar ‘boiling’ ikan misalnya.
Enjin sangkut 2.5 kuasa kuda juga sudah memadai untuk bergerak di kawasan lombong atau tasik yang tidak luas. Harga bagi enjin sangkut ini lebih kurang RM2,000 mengikut harga pasaran semasa. Dalam keterangan di atas, saudara bolehlah membuat pilihan sekali gus merealisasikan impian memiliki sebuah bot fiber dan enjin sangkut.
Assalamualaikum admin… saya selalu dengar orang pancing ikan toman pakai anak itik. Tapi macam mana nak guna anak itik?
JAWAPAN:
Waalakumusalam… apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan.
Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.
Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman. Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.
Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.
Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.
Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.
Saya inginkan penjelasan sedikit tentang penggunaan spreader bar atau yang biasa disebut sebagai tanduk. Teknik memancing yang sebagaimana perlu bagi menggunakan tanduk ini?
JAWAPAN:
Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam. Ia dipercayai digunakan oleh nelayan terlebih dahulu sebelum digunakan secara meluas dalam pancingan laut dalam.
Secara tidak langsung spreader atau tanduk ini amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing terutamanya di lautan bagi teknik pancingan dasar.
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok. Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...