Korang Tanya Umpan Jawab – Gewang Paling `Killer’ Untuk Main Casting??

Share

 

Sebenarnya, sebelum kita nak casting ni ada baiknya kita pelajari dulu sifat gewang dan habitat ikan. Justeru itulah lure dicipta pelbagai kedalaman air.

Untuk casting ikan yang berlegar di bawah pemukaan air, maka gewang aksi permukaan adalah yang terbaru.

 

(Harus diingat, semua gewang jenis terapung akan timbul apabila di lontar ke permukaan air. Termasuklah gewang selaman cetek dan selaman dalam, bukan gewang permukaan saja).

Bagi ikan yang habitatnya berada di sub-permukaan atau pertengah air maka lure yang bagus ialah gewang selaman cetek.

Begitu juga dengan ikan yang hidup di dasar maka gewang selaman dalam adalah pilihan terbaik.

 

Contoh paling mudahnya begini, sekiranya kita ternampak ikan toman atau sebarau sedang memburu mangsa di permukaan air, maka lure yang paling ideal ialah gewang permukaan.

Tidak kiralah sebagus mana pun sesuatu gewang itu, ia tidak akan membawa sebarang makna jika digunakan di tempat yang salah.

Oleh yang demikian, untuk cepat ikan sambar lure ialah mengetahui kedudukan ikan dan gewang yang sesuai untuk memasuki radius sambarannya.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang