Korang Tanya Umpan Jawab – Cara Nak Pancing Patin Mekong?

Share

 

Soalan:

Boleh tak admin bagi tip untuk pancing patin Mekong di kolam. Saya sudah berapa kali try tapi hanya dapat patin Chaophraya dengan Amazon redtail je.

 

Jawapan:

Nak pancing ikan kolam ni taklah susah sangat. Ada beberapa SOP yang perlu dilakukan. Pertama, kita kena apa ikan sasaran kita. Kedua, kena tahu spot ikan tersebut. Tanyalah otai atau kaunter tempat yang mana ada ikan Mekong. Ketiga, cara pancing. Sama ada main pelampung atau dasar, perambut ikat macam mana, saiz mata kail, apa saiz kekili, joran dan tali sesuai di kolam tersebut.

 

Seterusnya, umpan: Kalau mancing ikan redtail atau chaophraya, boleh guna isi ikan, daging, usus atau umpan berbabu. Tapi kalau manicng ikan patin Mekong atau karak, kita boleh pakai umpan macam dedak, palet atau roti dan campur perisa. Boleh main pelampung atau dasar. Kita baling umpan satu tempat tunggu ikan sendiri masuk makan umpan.

 

Akhir sekali kenalah sabar.  Bila sudah baling umpan, tunggu selama 15 minit baru tukar umpan. Jangan nampak orang lain dapat ikan cepat paling tempat dia sebab kita umpan tak sama dan jenis ikan pun tak sama. Ikan mekong atau karak makan umpan sikit sikit slow.

 

 

Sedikit tip untuk setting mancing Mekong:

Joran 6 hingga 8 kaki panjang. Pe 1-3. Tali benang 40lb ke 50lb dan sambung FG knot perambut tangsi 60 ke 80. Saiz kekili 5000 ke 8000 spinning. Standby perambut spring dan batu ladung size 3 atau 4. Mata kail Chinu 10 ke 12. Perambut mata kail  80lb ke 100lb braided atau kevlar.

 

 

Published by
Amang