Boleh tak admin bagi tip untuk pancing patin Mekong di kolam. Saya sudah berapa kali try tapi hanya dapat patin Chaophraya dengan Amazon redtail je.
Jawapan:
Nak pancing ikan kolam ni taklah susah sangat. Ada beberapa SOP yang perlu dilakukan. Pertama, kita kena apa ikan sasaran kita. Kedua, kena tahu spot ikan tersebut. Tanyalah otai atau kaunter tempat yang mana ada ikan Mekong. Ketiga, cara pancing. Sama ada main pelampung atau dasar, perambut ikat macam mana, saiz mata kail, apa saiz kekili, joran dan tali sesuai di kolam tersebut.
Ads
Seterusnya, umpan: Kalau mancing ikan redtail atau chaophraya, boleh guna isi ikan, daging, usus atau umpan berbabu. Tapi kalau manicng ikan patin Mekong atau karak, kita boleh pakai umpan macam dedak, palet atau roti dan campur perisa. Boleh main pelampung atau dasar. Kita baling umpan satu tempat tunggu ikan sendiri masuk makan umpan.
Ads
Akhir sekali kenalah sabar. Bila sudah baling umpan, tunggu selama 15 minit baru tukar umpan. Jangan nampak orang lain dapat ikan cepat paling tempat dia sebab kita umpan tak sama dan jenis ikan pun tak sama. Ikan mekong atau karak makan umpan sikit sikit slow.
Ads
Sedikit tip untuk setting mancing Mekong:
Joran 6 hingga 8 kaki panjang. Pe 1-3. Tali benang 40lb ke 50lb dan sambung FG knot perambut tangsi 60 ke 80. Saiz kekili 5000 ke 8000 spinning. Standby perambut spring dan batu ladung size 3 atau 4. Mata kail Chinu 10 ke 12. Perambut mata kail 80lb ke 100lb braided atau kevlar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya atau admin sendiri pernah mengalami situasi di mana para tekong akan menyalahkan perubahan keadaan air yang menjadi keruh apabila sesebuah trip memancing itu gagal. Jadi, persoalan saya ialah… betul ke faktor perubahan air (dari keruh menjadi jernih atau dari jernih menjadi keruh) akan mempengaruhi tabiat ikan, sekaligus menjejaskan hasil tangkapan di sungai atau pun laut?
JAWAPAN:
Pada asasnya perubahan warna air tidak mempengaruhi sifat ikan dan hasil tangkapan secara total. Bagaimana pun sedikit sebanyak ia mempengaruhi beberapa jenis ikan serta cara kita memancingnya.
Sebagai contoh, jika ikan sasaran yang kita pancing ialah ikan sebarau dan tiba-tiba arus membawa air keruh ke kawasan kita memancing, maka sekiranya pada masa itu kita mengguna gewang yang berkilau, kilauan yang menjadi tarikan pada sebarau tidak dapat dilihat dengan baik oleh ikan tersebut disebabkan oleh air yang keruh.
Jadi kita perlulah menukar gewang ke gewang yang akan menarik perhatian ikan tersebut seperti gewang popper atau gewang yang mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian ikan tersebut.
Secara am sekiranya air bertukar menjadi keruh maka ikan bermisai atau catfish (seperti ikan baung, keli, sembilang) akan aktif di mana ia menggunakan deria tersebut untuk mencari makanan dengan menghidu makanan sebab deria penglihatan ikan sedikit terjejas disebabkan air keruh.
Sebenarnya, hasil tangkapan yang berkurang bukanlah disebabkan kekeruhan air, sebaliknya disebabkan penurunan suhu air. Disebabkan hujan atau perubahan cuaca (sama ada panas atau sejuk secara mengejut) ia akan mempengaruhi aktiviti ikan. Bila ikan menjadi tidak aktif secara tidak langsung ia tidak buka mulut atau mencari makanan.
Saya bercadang untuk menimba pengalaman dalam eging mengabang. Boleh tak admin jelaskan waktu sesuai untuk eging. Siang atau malam yang lebih sesuai?
Jawapan:
Sebenarnya tiada waktu khusus untuk casting mengabang. Atau dalam bahasa mudahnya, sotong mengabang boleh dipancing tidak mengira waktu siang atau malam.
Hanya perbezaan lokasi yang membezakan aspek keaktifan mengabang mengejar candat yang kita mainkan.
Contohnya di kawasan pulau berbatu sotong mengabang amat aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting
dan mengabang tetap galak. Begitulah sehingga lewat petang dan sepi apabila malam menjelang.
Berlainan pula jika lokasi tersebut memiliki sumber cahaya pada malam hari seperti lampu. Lokasi-lokasi seumpamanya seperti benteng atau jeti yang berlampu, sotong mengabang
aktif pada lewat petang dan waktu malam. Malah di beberapa kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.
Hal yang turut berlaku sekiranya kita menyandat sotong torak atau jarum di pantai timur pada musim menyandat sotong. Selalunya bukan sotong torak atau jarum saja yang
berjaya dicandat. Pasti ada seekor dua sotong mengabang yang turut berjaya dicandat. Ia jelas membuktikan sotong mengabang boleh dipancing tanpa mengira waktu.
Tidak dinafikan peratus kejayaan untuk mendaratkan siakap adalah ketika melakukan hook up. Hook up atau selakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digonggong siakap seketika, kemudian apabila tali pancing menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan.
Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada beberapa sebab. Pertama, saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut ikan (siakap). Saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.
Kedua, mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram. Ketiga, mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
Keempat, terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.
Kelima, teknik pasang umpan. Jika cangkok di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang. Jika menggunakan isi ikan, pastikan mata kail menembusi kulit isi ikan yang kadangkala mata kail gagal menembusi kulit isi ikan berkeadaan apabila disambar siakap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...